Posts

Showing posts from May, 2024

“Satu Malam Penuh Nostalgia dari The A.C.A.B"

Image
Oleh: Norazni Ismail. Selepas 18 tahun! Ya …18 tahun berehat atau berada dalam hiatus, kumpulan THE A.C.A.B kembali bertemu peminat dengan sebuah persembahan khas yang dinamakan THIS IS THE A.C.A.B. - INDIE NOSTALGIC SHOWCASE 2024. Merawat kerinduan pengikut muzik mereka dan kembali bertemu dengan sahabat-sahabat industri, showcase ini akan diadakan di di Auditorium Muzik Bentley, ‘Satu malam penuh nostalgia daripada The A.C.A.B selepas ini. Itu ikrar kumpulan yang condong ke arah nuansa ‘britpop’ atau lebih mudah digelar sebagai ‘indie’ setelah bertahun-tahun ‘setia’ di bawah panji-panji skinhead/ Oi/ street rock.   Mungkin kedengaran agak klise, namun ianya sarat dengan mesej yang mendalam. “Ini adalah malam yang penuh nostalgia dan hanya akan berlaku pada malam itu sahaja.  Kami tidak akan mengadakan siri jelajah dimana-mana lokasi lain.  Justeru itu kami harap peminat untuk hadir dan bersama-sama mencipta memori dan nostalgia”, ujar Megat ketika di temui di Bsync Stud...

PTTI lancar insentif dan peraduan PTTI Better Results

Image
Foto: Razali Razak. Oleh: Norazni Ismail. BANGI 28 MEI 2024- Pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), PTTI melancarkan insentif khas buat calon SPM 2024 berupa ganjaran wang RM500. Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau mesra disapa sebagai Cikgu Fana berkata, insentif itu bagi meningkatkan motivasi pelajar SPM 2024 dalam mencapai keputusan cemerlang. "Insentif ini diberikan kepada pelajar SPM 2024 yang bakal mengambil SPM tahun ini. Ini adalah inisiatif khas yang PTTI buat untuk memberi ganjaran kepada pelajar SPM 2024 untuk meningkatkan motivasi mereka agar mendapat keputusan yang berjaya dan cemerlang. "Ganjaran daripada PTTI berupa RM500 kepada setiap pelajar kita yang mendapat 'straight' A dalam SPM 2024. Inisiatif ini ditaja oleh Yayasan PTTI. "Diharapkan insentif ini lebih memotivasi dan galakan penuh kepada pelajar PTTI yang bakal menduduki SPM tahun ini. Sejuju rnya, saya juga teruja ...

Ziana Zain Memukau Di Usia 56, Diva Seluruh Generasi

Image
  Oleh: Zizi Hashim Di bawah naungan CSA Academy selaku penganjur, Konsert Ziana Zain 2024 ini sememangnya langkah sangat bijak sebagai daya tarikan crowd untuk mengabadikan sebuah kenangan indah setelah 22 tahun tidak beraksi di konsert solo. 20 buah lagu dalam masa 3 jam, dibarisi nama-nama hebat dalam industri seni tanahair dengan diterajui oleh Aubrey Suwito sebagai Pengarah Muzik serta pemain piano berganding bahu bersama Jennifer Thompson sebagai Pengarah Konsert. Tidak ketinggalan pemuzik hebat seperti Nan Alias (gitar), Wan Gigi (gitar), Gideon (bass), Derrick Siow (dram), Firdaus (kibod), Steve Thornton (perkusi) serta Mariam, Fazira dan Affan sebagai penyanyi latar. Lagu “Ada Suara Ada Cinta” pembuka tirai pada malam 25 Mei 2024, tidak dapat menafikan hal hebat dalam diri seorang Ziana Zain yang dikongsi bersama lebih 5,000 pemilik hati yang mengidolakan sebutir bintang begemerlapan, memenuhi ruang kapasiti Mega Star Arena Kuala Lumpur. Introduksi lagu-lagu seperti ...

COKELAT "KEMBALI" gegarkan Kuala Lumpur Ogos ini.

Image
  Band Cokelat, antara pemuzik terbaik yang dimiliki industri hiburan Indonesia. Deretan album dan lagu popular mereka berjaya meletakkan band asal Bandung ini sentiasa segar dalam ingatan peminat. Band yang dianggotai Kikan (vokalis), Edwin (gitar), Ernest (gitar), Ronny (bass) dan Ervin (dram) mengambil keputusan untuk 'berpisah’ selama 12 tahun sebelum kembali bersatu pada 2022 menerusi persembahan Hari Kemerdekaan Indonesia pada 17 Ogos 2022. Melalui media sosial, mereka muat naik hantaran video kembalinya Kikan dan Ervin. Malah, berita itu menjadi khabar gembira buat seluruh peminat Cokelat yang merindukan formasi terbaik band ini. Terbaharu, Cokelat kembali ke Malaysia menerusi konsert yang bakal diadakan pada 7 September 2024 di Zepp Kuala Lumpur. Kikan mewakili Cokelat berkata, "Seperti semua tahu, kali terakhir Cokelat membuat persembahan di Malaysia adalah pada 14 tahun yang lepas. Memang sudah cukup lama. Kami berharap persembahan ini dapat mengubat rindu peminat-pe...

Konseret Divas & Diamonds 2024 bakal diadakan pada September ini.

Image
Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR 28 MEI 2024- Untuk kebanyakan daripada kita, muzik dan lagu telah menemani kita sepanjang hidup kita dan memberi kita pelbagai memori indah sepanjang hayat. Seperti bak kata Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, memang sukar nak pisah irama dan lagu. Itulah salah suatu tujuan penubuhan Syarikat Mega Eve Sdn Bhd; iaitu dengan niat untuk menghidangkan konsert-konsert yang mempamerkan artis-artis yang membawa persembahan dengan penuh intensiti, di mana penonton akan dihiburkan dan menghargai kenangan indah ini selama-lamanya. Itulah sebabnya kami berada di sini hari ini untuk melancarkan, apa yang kami harap akan menjadi salah satu konsert terbaik yang pernah diadakan dan kami menamakannya, Divas & Diamonds 2024. Dengan barisan bintang yang penuh menyinar, peminat di Johor Bahru boleh menjangkakan malam yang meriah dengan persembahan menakjubkan yang ditenun dengan pentas, bunyi dan lampu yang inovatif. Divas & Diamonds merupakan sebuah konsert ber...

Konsert DOLLA Re:Birth The Experience bakal diadakan pada Ogos ini.

Image
Foto: Fendi Ghafar. Oleh: Norazni Ismail. Kuala Lumpur, 28 Mei 2024 - Walaupun dilahirkan ketika dunia berada di tahap terlemah, iaitu semasa kemuncak wabak Covid-19, kumpulan wanita Malaysia DOLLA telah membuktikan bahawa mereka ada segala yang diperlukan untuk bertahan. Hanya dalam beberapa tahun kumpulan ini yang bermula dengan empat orang ahli telah berjaya meninggalkan kesan dalam dunia muzik umum. Melangkaui Malaysia, nama DOLLA telah diiktiraf di pelbagai pelosok dunia ini berkat muzik mereka yang unik dan gerakan tarian yang lincah. Walaupun baru sahaja mengumumkan pengunduran salah seorang ahli kumpulan mereka Syasya, kumpulan itu terus berkembang maju, berkat sokongan berterusan peminat mereka yang dikenali sebagai iDollas dan label muzik Universal Music Malaysia. Dan dengan cinta dan cita- cita yang tidak berkesudahan ini, DOLLA memperkenalkan satu lagi kejayaan dalam kerjaya mereka apabila mereka mengumumkan konsert yang akan datang terbitan Hitman Solutions. “Kami di Unive...

Sajian 'Original Sabahan' Sempena Sambutan Pesta Kaamatan & Hari Gawai.

Image
Oleh: Norazni Ismail. Restoran Kampung Kitchen ibis KLCC menjemput anda untuk menikmati rasa 'Original Sabahan' semasa musim perayaan Pesta Kaamatan dan Hari Gawai. Dengan pelbagai jenis hidangan tradisional yang disediakan dengan teliti oleh cef berpengalaman, bufet ini menjanjikan hidangan yang lazat untuk semua. Manjakan selera anda dengan pelbagai hidangan lazat untuk makan tengah hari dan makan malam dalam suasana bufet setiap hari di Restoran Kampung Kitchen Buffet, ibis Kuala Lumpur City Centre. Penyediaan Ambuyat oleh kakitangan hotel. Dari 20 Mei hingga 1 Jun 2024, nikmati Bufet Istimewa Kaamatan Sabah yang menampilkan masakan tradisional Sabah seperti Ayam Bambangan, Stew Bavang Koubasan, Manuk Pansuh, Ikan Tulod Dulod, Ayam Masak Don Ubi, Hinapa Tontidok Punti, termasuk Ambuyat/Nantung, dan banyak lagi. Di bawah kepakaran Chef Farid dan tetamu khas Chef Alesandra Andrea Paut dari My Native Sabah Cafe, hidangan tradisi ini disediakan dengan teliti untuk memberikan pen...

Yonnyboii, Kmy Kmo dan Luca Sickta ‘Perlu’ Bekerjasama

Image
Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR, 25 MEI 2024 - Ketiga-tiga nama bintang HipHop ini sudah tidak asing lagi di  dalam kalangan industri muzik Malaysia. Sejak membuat kemunculan beberapa tahun yang lalu,  nama mereka kerap menjadi sebutan diatas pengahasilan lagu-lagu hit yang pernah mereka  keluarkan nama-nama besar dunia nyanyian tempatan iaitu Dato Sri Siti Nurhaliza, Dato M. Nasir,  Dato Jamal Abdillah dan Sufian Suhaimi. Terbaharu, Luca Sickta, Kmy Kmo dan Yonnyboii bergabung memperkenalkan sebuah lagi karya  istimewa berjudul ‘Perlu’. Melodi dan lirik diiilhamkan oleh mereka sendiri selaku komposer dan  penulis. “Saya membayangkan seolah-olah saya sedang berbual dengan diri saya dari masa lalu dan  sedang cuba menyelamatkannya daripada masalah yang mengelilinginya. Saya ingin  menyampaikan bahawa kita harus selalu menikmati hari ini dan jangan ragu-ragu walau apa pun  yang bakal tiba di masa hadapan,” ujar Yonnyboii membuka bicara ten...

The Experts: Satu Keluarga, Satu Peluang, Satu Rompakan Terakhir

Image
  Oleh: Fenriz Shamudin ‘The Experts’ menonjolkan persembahan mantap pelakon-pelakon hebat tanah air, seperti Dato Aaron Aziz, Syafiq Kyle, Mimi Lana, Remy Ishak, Ray Dapdap, Maya Karin, Tony Eusoff, Wan Hanafi Su, Jay Iswazir, Douglas Lim dan Michael Ang .  Ini merupakan gandingan pertama kali Aaron, Syafiq, Mimi, Remy dan Ray beraksi sebagai lima adik-beradik yang mempunyai kemahiran tertentu dalam misi mereka. Watak Aaron (Farid) bertindak sebagai Ketua ataupun Maestro, Syafiq (Keyrol) sebagai Pakar Risikan, Mimi (Emma) selaku Pakar Manipulasi, Remy (Amer) sebagai Pakar Penyamaran, dan Ray yang memainkan watak Lan sebagai Pakar Godam.  Filem ‘The Experts’ yang dipersembahkan dengan penuh bergaya membuktikan Astro Shaw sentiasa agresif dalam menghasilkan filem pelbagai genre, termasuk heist. Filem dengan idea original ini menampilkan kisah fiksyen tentang rompakan yang melibatkan sebentuk cincin permata. ‘The Experts’ menjanjikan pengalaman sinematik dengan kual...

TEATER TUN FATIMAH SRIKANDI EMPAYAR MELAKA akan diadakan di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka

Image
Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR, 19 Mei 2024 – BOOLAN TRENDING dengan Produksi Pertubuhan Teater Melaka (PERTEM) bergerak menghasilkan karya Teater Tradisional Tun Fatimah Srikandi Melaka setelah Berjaya menghasilkan beberapa buah Teater sebelum ini seperti dan menguruskan beberapa acara besar sebelum ini. Boolan Trending selaku penerbit, percaya dengan kredibiliti Pertubuhan Teater Melaka dan yakin seramai 800 penonton bakal datang menyaksikan persembahan Teater Tradisional Tun Fatimah Srikandi Empayar Melaka yang akan diadakan di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka pada 7– 8 Jun 2024. Pementasan teater ini membariskan pelakon terkenal tanah air seperti Neera Azizi, Ashraf Muslim, Datuk Jalaludin Hassan, Aziz M. Osman, Zack Kool dan juga membawa seorang atlit Malaysia dari gelanggang silat ke pentas teater iaitu Al Jufferi. Memegang status juara dunia sebanyak 4 kali berturut- turut dalam kejohanan silat adalah satu kelebihan untuk Al Jufferi memegang watak Tun Busu. Anak Melayu p...

JALINAN SIMFONI ORKESTRA MENERUSI SEARCH SYMPHONIC LIVE IN KUALA LUMPUR, 21 SEPTEMBER 2024

Image
Oleh: Norazni Ismail. PETALING JAYA 17 MEI 2024- Setelah mencetak sejarah dengan kejayaan siri Konsert Fantasia Bulan Salju yang pertama kali dianjurkan di Arena of Stars, Resorts World Genting pada Ogos 2023 dan Fantasia Bulan Salju Live In Singapore pada Januari lalu, kugiran rock legenda Search belum mahu berhenti mengekalkan keutuhan dan keunggulan mereka. Kepercayaan terus diberikan oleh pihak penganjur terhadap Search yang disifatkan masih relevan serta ‘mahal’ apabila kugiran yang dianggotai Datuk Amy, Man Kidal, Hillary Ang dan Nasir Daud ini bakal melaksanakan sebuah lagi konsert berskala besar pada tahun ini. Tidak tampil dengan persembahan klise, Search akan menemui peminat lewat sebuah konsert berkonsepkan orkestra. Diberi nama Search Symphonic Live In Kuala Lumpur, konsert tersebut dijadual berlangsung pada 21 September 2024 di Mega Star Arena, Kuala Lumpur. Selaku penganjur, Persatuan Rekreasi Global Malaysia menyifatkan kolaborasi perdana dengan kugiran yang terkenal di...

Subsidi Negara Mencecah RM200,000 Berjaya Diselamatkan

Image
Oleh: Zizi Hashim SEPANG 17 MEI 2024- Sumber dari maklumat orang awam, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor telah menerima satu kes serahan daripada Wildlife Crime Bureau/Perisikan Siasatan Khas PDRM Bukit Aman melalui Pejabat KPDN Sepang pada 15 Mei 2024 lebih kurang jam 10 pagi. Hasil penerimaan kes serahan ini dilanjutkan tindakan siasatan oleh KPDN Selangor dibawah OPS TIRIS 5.0. Penerimaan serahan kes ini disusuli oleh anggota PenguatKuasa KPDN Selangor dengan kekuatan 7 orang anggota dan bertindak menjalankan pemeriksaan awal. Terdahulu, PDRM telah melakukan serbuan pada 14 Mei 2024 jam 10 malam di sebuah kawasan lapang terletak di Pulau Meranti, Puchong yang dipercayai dijadikan tempat pemindahan minyak diesel dari kenderaan motor lori kecil atau jenis bonded yang diubahsuai dengan IBC tank berisi bahan api untuk dipindahkan ke dalam badan motor lori jenis kontena. Aktiviti memindah bahan api disyaki diesel telah ditemui ketika serbuan di...

ALYPH Lancar Lagu Baharu Berjudul, ‘Dari Jauh’

Image
Oleh: Norazni Ismail. PETALING JAYA 16 Mei 2024 – Kuala Lumpur - ALYPH, penyanyi dan bintang rap kelahiran Singapura yang pernah tular dengan lagunya "Swipe" dahulu baru sahaja melancarkan lagu terbaharunya berjudul ‘Dari Jauh’. Melalui karya "Dari Jauh", ALYPH meneroka rona-rona irama R n'B yang lebih perlahan, semestinya jauh beza dengan apa yang pernah beliau paparkan dalam karya-karya terdahulunya yang sarat dengan nuansa hip-hop. ALYPH menjelaskan bahawa "Dari Jauh" merupakan sebuah lagu putus cinta yang menyakitkan, mengisahkan seseorang yang tidak pernah memberikan waktu dan perhatian terhadap hubungannya dengan kekasih sendiri. Sehinggalah kekasihnya mendapat peluang yang besar dan terpaksa melangkah pergi darinya, barulah dia sedar tentang kesilapannya. Selain dari bentuk audio, ALYPH juga telah melancarkan lagu "Dari Jauh" dalam bentuk video muzik yang menarik dan unik. Ia diterbitkan oleh Nocturnal Projects dan diarah oleh Bobby Ad...

Konsert Spektakular ‘Jilid Rockestra Ella: Rockers Juga Manusia’ Temui Peminat 9 Ogos 2024 Ini

Image
  Oleh: Zizi Hashim “Untuk 1 malam sahaja, Ratu Rock Malaysia akan mempersembahkan gabungan unik getaran karya Rock kreatif bersatu dengan elemen Orkestra dan band. Ini adalah sebagai tanda penghargaan dari Hitman Solutions dapat berkolaborasi sekali lagi bersama Ella dalam usaha mencipta sebuah konsert paling istimewa.” tutur Rohit Rampal selaku CEO dan Pengasas Hitman Solutions berikutan permintaan tinggi dari peminat-peminat yang masih dahaga untuk menyaksikan Ella beraksi di atas pentas. “Bekerjasama dengan Ella dan pasukan RockQueen adalah satu pengalaman yang amat mengkagumkan.” sambungnya lagi ketika ditemui pada sidang media eksklusif di Restoran Rumah Nusantara, Sunway Putra Hotel pada petang 14 Mei 2024. Ella tampak manis dalam busana blazer merah sentiasa humble menguntum senyum manis di sisi Rohit dan Dato’ Acis selaku Pengarah Muzik konsert Rockestra itu nanti. Pada tanggal 9 Ogos 2024 nanti, bertempat di Plenary Hall Kuala Lumpur, atmosfera manis bakal melarutk...