D.I.A Kembali Dengan Showcase Spektakuler "Mencari Permata Hati" Di Ideas Hotel

KUMPULAN D.I.A Oleh: Papadin. AMPANG 16 SEPTEMBER 2025 - Setelah lebih dua dekad berselindung, kumpulan rock veteran D.I.A bakal membuat comeback yang dinanti-nantikan menerusi showcase bertajuk "Mencari Permata Hati" pada 27 September 2025 di Poolside Bistro, Ideas Hotel, Jalan Raja Laut bermula jam 9 malam. Omar bin Aziz atau lebih dikenali sebagai Omar Akira, satu-satunya ahli asal yang masih aktif dalam kumpulan ini, memutuskan untuk menghidupkan semula legasi D.I.A yang pernah menggemparkan industri muzik Malaysia pada awal 1990-an dengan album debut mereka yang mengandungi 10 lagu hit termasuk "Mencari Permata Hati". Pemain gitar profesional rock ini mengakui bahawa walaupun D.I.A pernah sepi selama 20 tahun lebih, beliau tidak pernah berhenti aktif dalam industri muzik sebagai pemain backup, session dan recording artis. Kini dengan lineup baharu yang menampilkan Syamer atau Amir Kidal sebagai vokalis sambil main gitar, Omar yakin dapat membawa kelainan terse...