Posts

Keintiman Noah Buat Peminat Puas

Image
Kuala Lumpur. Oleh: Nazrul. Kali terakhir Noah mengadakan konsert di Malaysia ialah pada tahun 2017, namun ianya bukanlahpenghalang buat peminat mahupun ‘Sahabat Noah’ menidakan kedatangan mereka kali ini. Buktinya lebih 2500 peminat telah memenuhi setiap ruang di Zepp Kuala Lumpur pada 12 November lalu. Konsert anjuran ‘YOLO Malaysia – NOAH Live In KL’ itu cukup rencah dan rasa yang menjanjikan seribu nostalgia buat peminat Noah, apatah lagi band yang dibarisi oleh Ariel atau Nazril Irham selaku vokalis, Lukman Hakim atau Lukman, gitaris dan pemain keyboard, David Kurnia Albert Dorfel atau mesra dengan panggilan David berada terlalu dekat di hati peminat mereka. Limpahan cahaya lampu yang sudah cukup pesonanya seakan memberi energi buat peminat yang sudah mula memenuhi ruang apatah lagi ketika Noah tampil menyampaikan 3 buah lagu iaitu Separuh Aku, Langit Tak Mendengar dan Kisah Cintaku sudah pasti mengundang vokal daripada peminat yang seakan histeria. “Hello Selamat Malam semuanya, ...

Raisa Ajak Peminat Mengimbau Nostalgia Menerusi Konsertnya

Image
“Saya ingin membawa peminat bernostalgia dan bernyanyi bersama saya"... Raisa. Foto: Azuddin Ahmad Zin. Kuala Lumpur. Oleh: Nazrul. Raisa Andriana mengajak peminat bersamanya untuk mengimbau nostalgia menerusi konsertnya.   Pelantun lagu ‘Mantan Terindah’ yang cukup popular di Indonesia ini bakal beraksi di konsert sulungnya, “Raisa Live In Malaysia”   yang dijadualkan akan di adakan pada 20 November ini.   Konsert ini akan berlangsung di Zepp, Kuala Lumpur. Raisa yang sudah cukup sebati dengan membawakan lagu-lagu bergenrekan balada, pop dan jazz turut berjanji akan memberikan persembahan yang berkualiti malah akan mendendangkan lagu-lagu yang cukup mesra di telinga peminatnya. “Saya ingin membawa peminat bernostalgia bersama dan bernyanyi bersama saya, justeru itu hanya lagu-lagu yang mesra di telinga peminat sahaja bakal saya persembahkan”, ujanya sewaktu sidang media yang telah di adakan di Sunway Hotel Putra, Kuala Lumpur baru-baru ini. “Sehingga kini lebih 20 ...

Muar Metal Fest Edisi Ke 5 Janjikan Kelainan

Image
“Kami berasa cukup teruja dan terharu apabila dapat beraksi kembali di hadapan peminat muzik keras "...Infectious Maggots. Johor. Oleh: Nazrul. Pesta muzik yang lebih sinonim dengan jenama “Muar Metal Fest” kini sudah memasuki edisi ke 5. Kesinambungan yang berevolusi ini adalah hasil kerjasama jitu di kalangan peminat muzik berat Muar yang ingin dikenali sebagai Muar Metal Maniac. Penganjuran yang bermula secara individu oleh Buang Kempetai pada tahun 2013 itu sedikit demi sedikit mencipta empayar tersendiri, apatah lagi saban tahun mendapat reaksi positif di kalangan peminat muzik berat tempatan mahupun negara. Sokongan dan dokongan akhirnya menjadi sebuah komuniti setempat.  “Kali terakhir kami menganjurkan pesta muda mudi ini ialah pada tahun 2017, di mana ketika itu Brain Dead telah di undang sebagai headliner di samping beberapa kumpulan lain”, ujar Buang Kempetai selaku penganjur. “Penganjuran Muar Metal Fest yang di jadualkan pada tahun 2018 terpaksa dihentikan seketika a...

Khairil Aslan tawan Banjaran Paru Paru Dunia, Indonesia

Image
Khairil Aslan (kiri) dan Mohd Amierul Abdullah (kanan) bersama bendera negeri Selangor dan bendera MBPJ yang dibawa ketika pendakian. Foto: Azuddin Ahmad Zin. Sepang. Oleh: Nazrul. Berpegang teguh dengan tema ' From Summit To Sea 2022 ' dan turut disertai rakannya, Mohd Amierul Abdullah. Mereka telah berjaya menawan tiga puncak gunung dalam ekspedisi Banjaran Paru Paru, Indonesia pada Rabu lalu. Misi pendakian menawan Gunung Loser setinggi 3,404 meter yang juga puncak tertinggi di Banjaran Paru Paru Dunia, Indonesia kali ini lebih istimewa   walaupun mereka pernah menjayakan misi sama sebanyak dua kali sebelum ini. “ Alhamdullilah segalanya dipermudahkan, misi selama 25 hari telah kami laksanakan meskipun terpaksa menempuh pelbagai halangan termasuk cuaca yang tidak menentu.   Sehingga hari ini beberapa jari kaki saya mengalami gangreen, namun saya percaya ianya akan sembuh”, ujarnya kepada media sejurus tiba di KLIA 2 pada 6 November lalu. “Ini merupakan pendakian ke 4 ...

Gigi Memang Nakal

Image
Keletah dan aksi Gigi yang sentiasa menghiburkan. Foto: Azuddin Ahmad Zin.  Kuala Lumpur. Oleh: Nazrul. Selepas 14 tahun, kumpulan legenda dari Indonesia itu kembali menggegarkan Kuala Lumpur menerusi konsert yang telah berlangsung di Zepp KL pada 5 November lalu.   Lebih 2000 peminat setia Gigi telah membanjiri lokasi persembahan yang cukup eksklusif itu. Konsert Gigi: Nakal Di Kuala Lumpur anjuran Tanjak Adventure & Tour dengan kerjasama Yolo Malaysia berdurasi selama 2 jam itu ternyata cukup ‘nakal’ dengan kaletah dan aksi Gigi yang sentiasa menghiburkan peminatnya meskipun vokalisnya Armand Maulana berada dalam situasi yang kurang sihat. Tepat jam 8,30 malam Gigi dianggotai oleh Armand selaku vokalis, Dewa Budjana (gitar), Thomas Ramdhan (bass) dan Gusti Hendy (dram)   mula berada di atas pentas   dan pastinya empat figura ini pasti dirindui ‘GigiKita’. Armand selaku vokalis, Foto: Azuddin Ahmad Zin. Tanpa banyak bicara mereka memanskan pentas dengan 4 se...

Lah Ahmad bakal adakan konsert Januari 2023

Image
Kuala Lumpur. Oleh: Nazrul. Setelah lebih 25 tahun berada di persada seni hiburan tempatan, Abdullah Ahmad atau lebih dikenali sebagai Lah Ahmad bakal mengadakan konsert pada tahun depan. Konsert “25 Years Lah Ahmad Live In Concert” adalah merupakan kesinambungan kepada showcase pertamanya yang telah di adakan pada tahun 2018.   Bertitik tolak daripada sambutan menggalakkan daripada itu, maka lahirlah “25 Years lah Ahmad Live In Concert”. Pelantun lagu “Salam” ini pernah tampil dengan 3 buah album iaitu Jalan Untuk Kembali (2014), Sempurna & Terbaik (2016) dan Selamat Datang Cinta (2020).   Lah Ahmad juga bakal melancarkan album ke 4 nya yang berjudul ‘Jatuh’ sewaktu konsert itu nanti.     “25 Years Lah Ahmad Live In Concert” bakal berlangsung di Stage 1 Theatre, PJPAC 1 Utama pada 28 Januari 2023.   Beliau bakal mendendangkan 20 buah lagu dalam konsert itu nanti. Lah Ahmad akan turut di temani Syawal Hussin selaku pengarah muzik, Don (gitar), Khazri...

"RASA” Cinta Disebalik Musim Bergema di Zepp Kuala Lumpur

Image
Foto: Azuddin Ahmad Zin. Kuala Lumpur. Oleh: Nazrul. Usia bukan lagi menjadi halangan buat ‘Papa Rock’ untuk terus mengabdikan dirinya pada muzik apatah lagi untuk beraksi dalam sebuah konsert yang berdurasi lebih daripada 2 jam.   Siri jejalah yang bermula di Melaka kini diteruskan di pentas eksklusif. “ Rasa” merupakan album solo kesembilan Datuk Ramli Sarip. Zepp Kuala Lumpur menjadi saksi kelantangan vokal Ramli Sarip menerusi Konsert Jelajah Ramli Sarip - Cinta Di Sebalik Musim 2022 yang berlangsung pada 29 Oktober lalu. Lebih 1000 peminat setia Datuk Ramli Sarip telah hadir memenuhi lokasi konsert berlangsung.   Meskipun tampak santai namun tenaga, vokal, semangat dan disiplin yang ditunjukkan beliau nyata memberikan impak buat mereka yang hadir. Foto: Azuddin Ahmad Zin. Foto: Azuddin Ahmad Zin. Ramli menyampaikan 16 lagu daripada album solonya dan album bersama Sweet Charity seperti Sentosa Di Kubah Hayat, Sejuta Wajah, Hilang Gelap Terbitlah Terang, Panah Beracun,...