Raikan bulan suci Ramadan bersama kami di MiCasa All Suite Hotel

Chef Adrian (Ketua Chef) dan Chef Syafaat bersama pelbagai hidangan tradisional dari Utara dan Selatan. Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR 10 JANUARI 2025- MiCasa All Suite Hotel mengalu-alukan kedatangan tetamu untuk meraikan bulan suci Ramadan dengan buffet makan malam yang istimewa. Dalam suasana yang menggamit kenangan kampung halaman, hotel ini mempersembahkan tema "Icip Icip Desa" yang telah direka khas oleh Chef Adrian dan pasukannya. Buffet makan malam ini menampilkan pelbagai hidangan tradisional dari Utara dan Selatan Tanah Air. Para tetamu boleh menikmati hidangan klasik seperti Kerabu Kerisik Kulit Timun, Nasi Ambeng, Nasi Ulam Ayam Percik, Asam Pedas Tetel dan Itik Salai Masak Lemak Cili Api. Setiap hidangan disediakan dengan bahan-bahan berkualiti tinggi untuk memastikan citarasa yang autentik. Untuk memulakan berbuka puasa, tetamu boleh menikmati pelbagai pilihan sup dan salad segar, termasuk Sup Ekor yang popular dan Lautan Seafood yang kembali atas permint...