MALAM AMAL "RINDU BAYANGAN" KENANG PEMUZIK LEGENDA JAY JAY

Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR 17 APRIL 2025 - Sebuah konsert amal bagi mengenang jasa pemuzik legenda tanah air, Jay Jay atau nama sebenarnya Mohd Fauzi bin Darus, akan berlangsung pada 11 Mei 2025 di Grand Ballroom, Grand Barakah Hotel, Ampang. Acara bertajuk "Malam Rindu Bayangan" ini dianjurkan hasil inisiatif anak bongsu Allahyarham, Nur Camelia atau Cammy, yang telah menghubungi Dato' Freddie untuk mengadakan persembahan penghargaan buat ayahnya. Jay Jay yang meninggal dunia pada 4 Ogos 2024 dalam usia 67 tahun disifatkan sebagai "seorang sahabat yang sangat berdedikasi, berbakat dan amat disenangi ramai" oleh Dato' Freddie yang merupakan rakan seperjuangan Allahyarham. Konsert amal ini akan bermula pada jam 8.00 malam dan berlangsung selama tiga jam dengan menampilkan barisan artis terkenal tanah air. Antara penyanyi yang akan membuat persembahan termasuk Dato' Ramli Sarip, Dato' Khatijah Ibrahim, Dato' Hattan, Dato' Jeffrydin, J...