Posts

Showing posts from January, 2025

PERTEMBUNGAN LAGENDA: CROMOK & AMUK BERGABUNG TENAGA

Image
Vokalis Amuk, Bandi, mendedahkan bahawa idea untuk berkolaborasi dengan Cromok sudah lama terlintas di fikirannya.  Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR 28 JANUARI 2025- Dua gergasi rock tanah air, Cromok dan Amuk bakal mencipta sejarah apabila berganding bahu dalam Konsert Kasi Gegar! yang akan berlangsung di N9 Arena Nilai, Negeri Sembilan pada 26 April 2025. Konsert yang dijadualkan bermula jam 9 malam ini merupakan kali pertama kedua-dua kumpulan ini digabungkan di atas satu pentas. Cromok, yang ditubuhkan pada 1987, dikenali sebagai perintis muzik thrash metal Malaysia, manakala Amuk yang muncul pada 1998 telah menggemparkan industri muzik tempatan dengan gabungan genre rock dan metal mereka. Menurut Pengarah Eksekutif YNS Event Management, Encik Mohd Agmeer Hj Farouke, konsert ini turut mencatat sejarah sebagai persembahan pertama di N9 Arena Nilai selepas venue tersebut menjalani proses naik taraf. Venue ini yang dahulunya dikenali sebagai Stadium Tertutup Nilai, kini telah...

Restoran Rebung Chef Ismail Lancar Bufet Ramadan "Golek-Golek" 2025

Image
Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR 25 JANUARI 2025- Restoran Rebung Chef Ismail di Kuala Lumpur mengumumkan pelancaran Bufet Ramadhan 2025 bertema "Golek-Golek Ramadan" yang bakal berlangsung dari 2 Mac hingga 29 Mac 2025. Bufet istimewa ini menawarkan pelbagai hidangan tradisional Malaysia yang memikat selera, termasuk Kambing Golek, Ayam Golek, Itik Golek, Nasi Istana, dan pelbagai lauk-pauk tradisional seperti Daging Salai Masak Lemak Ciliapi dan Patin Tempoyak. Pengunjung dapat memilih antara harga early bird mulai RM 99 untuk dewasa (22 Januari - 28 Februari 2025) atau harga normal RM 109 untuk dewasa (1-29 Mac 2025). Kanak-kanak dan warga emas turut mendapat harga istimewa. Restoran yang mampu menampung 450 orang ini menawarkan pelbagai ruang privasi dan kemudahan termasuk ruang solat, kawasan mesra OKU, dan parking untuk 460 kenderaan. Sebagai tambahan istimewa, Orkestra Melayu Rojer akan menghiburkan tetamu dengan persembahan muzik tradisional. Untuk tempahan, pengu...

Trio Zero Luncurkan Single Perdana "Tondu"

Image
  Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR 24 JANUARI 2025- Trio Zero, yang terdiri dari Sharif Kadir Doli Sharif, Mohd Syaiful Doli Sharif, dan Sharif Kunal Doli Sharif, membuat sejarah baru dalam karier mereka dengan merilis single perdana berjudul "Tondu". Menurut Sharif Kunal Doli Sharif (Atu), lagu "Tondu" yang dalam bahasa Kadazan Dusun berarti "perempuan" merupakan karya komposer Zai Hamzah bersama Hemo, dengan lirik dari Achoi Floor 88 dan Ayie Elham Floor 88. Lagu ini berkisah tentang seorang lelaki yang ditinggalkan oleh kekasihnya dan berusaha untuk move on dari kekecewaannya. Konsep musiknya dibuat mendekati gaya musik rakyat yang mudah diterima masyarakat. Zai Hamzah selaku penerbit mengatakan lagu ini istimewa kerana melibatkan kerjasama para kreator dalam industri seni tempatan. Dia mengambil inspirasi dari konsep musik Indonesia dan menggabungkannya dengan elemen musik Sabah. Trio Zero mengungkapkan bahawa mereka membuat lagu ini bukan untuk ...

Demi Peminat, Lipanbara Bakal Adakan Showcase ‘Serangan Kilat’

Image
Oleh: Norazni Ismail. KUALAL LUMPUR 24 JANUARI 2025- Selepas 31 tahun vakum, kumpulan rock Lipanbara mengumumkan comeback dengan showcase 'Semangat Kilat' pada 15 Februari di Warisan Hall, Sijangkang. Kumpulan yang popular dengan lagu seperti Seirama Aman Sentosa kini diperbaharui dengan barisan ahli baharu: Zaff (Gitar), Labut (Dram), Ham (Bass), Ali (Kibordis) dan Oney sebagai pengvocal asal. Oney mendedahkan beliau telah mendapat keizinan daripada pemilik hak nama kumpulan untuk meneruskan legasi Lipanbara selepas pulih daripada penyakit jantung pada 2023. Showcase ini akan menampilkan 15 lagu termasuk satu lagu saduran, dengan fokus pada genre Heavy Hard Rock. Penggemar boleh memperoleh tiket seharga RM50 melalui talian 0126717573, sambil menyaksikan evolusi muzik kumpulan rock legenda ini dalam persembahan yang dijangka memenuhi kerinduan peminat sejak tahun 1994. Ekmal Md Nor (duduk kiri) selaku penganjur berharap peminat dapat hadir menjayakan 'showcase' ini. ...

Jakel Raya 2025 Lebih Meriah dengan Kehadiran 10 Selebriti Pilihan

Image
10 Selebriti Terkemuka Bergabung Tenaga dalam Kempen Raya Jakel 2025. Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR 19 JANUARI 2025 - Gedung tekstil terkemuka negara, Jakel, mengumumkan pelantikan 10 duta baharu bagi memperhebatkan kempen Raya Mendonia Bersama Jakel 2025, yang bakal mempromosikan kepelbagaian pakaian sempena sambutan Aidilfitri tahun ini. Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel mengumumkan barisan duta yang terdiri daripada Fattah Amin, Amira Othman, Nabil Ahmad seisi keluarga, Cik Epal, Elly Mazlein, Anzalna seisi keluarga, Senariounion, tiktoker Sallywho seisi keluarga, serta Upin & Ipin yang akan memperagakan koleksi raya terbaharu Jakel. "Koleksi tahun ini menawarkan kualiti yang lebih tinggi dengan penggunaan fabrik yang lebih tebal namun tidak panas, mudah kering dan 'breathable'. Jahitannya juga lebih kemas dan rapi," jelas Mohamed Faroz semasa pelancaran kempen tersebut di Jakel Mall, Kuala Lumpur. Beliau menegaska...

ALYPH Lancar Album 'The Storm', Angkat Kisah Peribadi Dalam Karya Terbaru

Image
"Kekhuatiran saya lebih terasa setiap kali di pentas menyanyikan kisah peribadi"..kata Alyph. Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR, 17 Januari 2025 - ALYPH, figura seni ikonik tanah air yang dikenali sebagai penyanyi, penulis lagu, komposer, dan penerbit muzik, bakal melancarkan album terbarunya bertajuk 'The Storm' pada 24 Januari 2025. Pengumuman ini dibuat semasa sesi pra dengar album yang berlangsung di Maveriq Studio, Petaling Jaya, hari ini. Album yang merangkumi 12 buah lagu ini merupakan refleksi pengalaman peribadi ALYPH, mengupas tema-tema seperti kemegahan diri, kasih sayang, dan penderitaan. Artis yang bernaung di bawah Universal Music Malaysia, Singapura dan Indonesia serta Def Jam Recordings Asia Tenggara (SEA) ini menyifatkan 'The Storm' sebagai cerminan evolusi dirinya sebagai penglipur lara. "Judul The Storm tercetus secara rawak dan ia paling tepat mewakili muzik saya. Kita tidak mampu menduga ribut yang melanda membawa apa, bila akan s...

HOTEL PREMIERA KUALA LUMPUR PERKENAL "BUFET RAMADAN RETRO KLASIK" 2025

Image
Chef Dzulkarnain bersama hidangan retro klasik bufet Ramadan. Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR, 16 Januari 2025 - Hotel Premiera Kuala Lumpur telah menganjurkan Prebiu Berbuka Puasa bertemakan "Ramadan Retro Klasik" di Dewan Utama hotelnya hari ini. Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg. Ts. Mohd Fadzil Bin Mohd Idris, Ketua Pegawai Eksekutif MARA Incorporated Sdn. Bhd., bersama Pn. Sabarina Binti Abdul Gani, Pengurus Besar Premiera Hotel Kuala Lumpur. Pn. Sabarina Binti Abdul Gani, Pengurus Besar Premiera Hotel Kuala Lumpur bersama  YBhg. Ts. Mohd Fadzil Bin Mohd Idris, Ketua Pegawai Eksekutif MARA Incorporated Sdn. Bhd merasmikan  Prebiu Berbuka Puasa bertemakan "Ramadan Retro Klasik".   Bertemakan nostalgia era 70-an dan 80-an, dewan utama hotel tersebut dihias dengan elemen-elemen retro yang membangkitkan kenangan silam. Chef Dzulkarnain dan pasukannya telah menyediakan lebih 100 jenis hidangan yang akan bertukar setiap hari sepanjang bulan Ramadan. Antara h...

Malam Laguan Puisi Tampilkan Gabungan Muzik Moden dan Tradisional

Image
"Malam Laguan Puisi"  mengambil inspirasi daripada karya-karya agung Sasterawan Negara. Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR 16 JANUARI 2025 -  Panggung Eksperimen ASWARA bakal menjadi saksi kepada persembahan istimewa Malam Laguan Puisi yang akan berlangsung pada 8 Februari 2025 bermula jam 9 malam. Persembahan ini akan menampilkan barisan penyanyi terkenal tanah air seperti Aqasha, Azizul Haqim, Ayu Damit dan Leaism. Program yang dianjurkan oleh FB Media Ventures ini mengambil inspirasi daripada karya-karya agung Sasterawan Negara termasuk Datuk Seri A. Samad Said, Dato' Usman Awang, Profesor Emeritus Muhamad Haji Salleh, Datuk Rahman Shaari, Datuk Baha Zain dan Datuk Dr. Zurinah Hassan. Menurut Pengarah Projek dan Pengarah Muzik, Shamsul Cairel Abdul Karim, persembahan ini akan mengetengahkan tujuh buah lagu baharu yang dicipta khas untuk program tersebut. Selain itu, beberapa lagu puisi popular turut akan dipersembahkan semula termasuk 'Tetamu Senja' yang pern...

‘Nafas’ Cherpen Menghembus Kepuasan di Hati Pendengar

Image
Oleh: Norazni Ismail. Kumpulan Cherpen telah kembali menggegar industri muzik tanah air dengan melancarkan single terbaru mereka yang bertajuk 'Nafas'. Sejak dilancarkan, lagu ini telah berjaya tersenarai dalam beberapa playlist utama di Spotify, termasuk 'Pop Terkini', 'Made in Malaysia' dan 'Pop Balada'. 'Nafas' merupakan hasil karya bersama Nemo Cherpen dan Syahir Cherpen yang menulis liriknya, manakala alunan muziknya dihasilkan bersama Kimie Cherpen. Lagu ini membawa mesej tentang perjuangan kehidupan dan pencarian makna dalam setiap detik kehidupan. Kumpulan yang dianggotai oleh empat ahli ini terdiri daripada Nasrulhaq Shahdan (Nemo) sebagai vokalis, Muhammad Syahir Muhammad Johri di gitar, Nik Ahmad Shauqi Nik Iskandar Ariffin (Ekiey) di bass, dan Muhammad Hakimi Abdul Aziz (Kimie) di dram. Cherpen telah membuktikan konsistensi mereka dalam industri muzik dengan kejayaan lagu-lagu hit terdahulu seperti "Kali Ini" (2016), ...

Varisha Collection Lancar Koleksi "Raya Series" Bersama Duta Baharu, Amira Othman

Image
Amira Othman sebagai duta selebriti rasmi jenama bersama produk Varisha Collection. Oleh: Norazni Ismail. Shah Alam, 11 Januari 2025 - Varisha Collection Sdn. Bhd. melancarkan koleksi eksklusif "Raya Series" dalam satu acara istimewa yang berlangsung di Central i-City, Shah Alam bermula 9 hingga 12 Januari 2025. Pelancaran ini turut dimeriahkan dengan pengumuman penyanyi dan pelakon popular, Amira Othman sebagai duta selebriti rasmi jenama tersebut. Amira Othman ( Duta  Varisha Collection) bersama Marisha Paudzai (Pengurus Perniagaan Varisha Collection  Sdn. Bhd). Acara ini bertambah meriah dengan pelancaran lagu terbaharu Amira Othman bertajuk "Bila Nak Kahwin" di bawah naungan Sony Music Malaysia dengan kerjasama Emiera Othman Ventures. Lagu pop ini yang dilancarkan pada 10 Januari 2025 merupakan hasil kolaborasi kreatif bersama komposer terkenal Iqie Hugh dan Omar K, dengan video muziknya akan ditayangkan pada 11 Januari 2025, jam 3 petang. Koleksi "Raya Se...