Posts

“TEGAP BERDIRI” buah tangan Aizat Amdan

Image
Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR, 13 NOVEMBER 2024 - Penyanyi Aizat Amdan kembali dengan single terbaharu "Tegap Berdiri" sambil mengejutkan peminatnya dengan penglibatan dalam sukan Muay Thai. Aizat yang telah menjalani perlawanan Muay Thai amatur pertamanya pada 12 Oktober lalu mendedahkan bahawa minatnya terhadap sukan ini bermula sejak 2015. Single "Tegap Berdiri" yang dihasilkan bersama Mel Ramlan dan Izzy Musa di bawah terbitan Kasi Gegar Entertainment (KGE) ini menggabungkan genre pop dengan pengaruh 'City Pop' Jepun 80-an yang disesuaikan dengan gaya tersendiri yang digelarnya 'KL-City Pop'. Lagu yang mengambil masa setahun untuk disiapkan ini membawa mesej tentang pasang surut kehidupan dan kepentingan untuk terus bangkit walaupun menghadapi kegagalan. Idea awal lagu ini tercetus semasa sesi rakaman "Dari Studio Podcast" ketika membincangkan zaman kegemilangan bola sepak negara. Video muzik single ini menampilkan perjalanan A...

Putera-putera Munif Hijjaz tampil dengan single "Perjalanan".

Image
Oleh: Norazni Ismail. Dua putera legenda nasyid Munif Hijjaz kini tampil memukau pendengar dengan single terbaru mereka, "Perjalanan". Putra Aiman dan Haikal Iman membuat penampilan sulung mereka di pentas nasyid kontemporari dengan lagu yang menggabungkan melodi membuai dan lirik penuh makna. Video muzik yang sarat dengan mesej nasihat dan pengajaran telah meraih sambutan memberangsangkan dengan lebih 14 ribu tontonan di Youtube. Para peminat turut memerhatikan persamaan vokal Putra Aiman dengan suara ayahanda mereka ketika mengemudi kumpulan Nada Murni beberapa dekad lalu. Haikal Iman pula menyumbang kelunakan vokal yang melengkapi harmoni duet mereka, menjadikan "Perjalanan" sebuah karya yang layak mendapat perhatian industri nasyid dan hiburan tanah air. Korus yang catchy dan alunan melodi yang syahdu berpadu dengan elemen melankolik menjadikan lagu ini sebagai sebuah komposisi yang memukau. Putra Aiman, 24, dan Haikal Iman, 22, merupakan anak sulung dan kedua...

PENAMPILAN PERDANA PENUH MAKNA GHEA INDRAWARI DI MALAYSIA

Image
Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR 12 NOVEMBER 2024 - Dalam satu pengumuman yang dinanti-nantikan, penyanyi dan penulis lagu berbakat Ghea Indrawari akan membuat penampilan sulungnya di Malaysia dengan membawakan persembahan yang dijanjikan penuh bermakna dan istimewa. "Saya sangat gembira kerana ini merupakan kali pertama saya akan perform di Malaysia. Akhirnya dapat berkongsi karya-karya saya secara langsung dengan peminat di sini," katanya dalam satu sesi pertemuan media hari ini. Ghea akan membawakan sekitar 10 buah lagu original dengan aransemen khas untuk penonton Malaysia. "Saya telah menyediakan beberapa aransemen istimewa yang berbeza daripada persembahan biasa saya. Ini pasti akan menjadi sesuatu yang special kerana ia kali pertama dibawakan di Malaysia," tambahnya. Menyentuh tentang pemilihan lagu, artis ini menegaskan bahawa repertoirenya merangkumi pelbagai genre. "Ramai yang mungkin ada persepsi tentang imej dan genre lagu saya, tetapi sebenarn...

Program Explorasi Usahawan Wanita (EUW) Memperkasa Usahawan Wanita Malaysia Melalui Konsert Farmasi Soundzation

Image
  Majlis pelancaran Explorasi Usahawan Wanita telah dilakukan oleh Yhbg Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (Presiden ANGKASA &ASIA CO-OPERATIVE ORGANIZATION (ACO)). Oleh: Norazni Ismail. KLANG 11 NOVEMBER 2024- Program Explorasi Usahawan Wanita (EUW), satu inisiatif kolaboratif di antara Koperasi Wanita Malaysia Berhad (WCB) dan FAR Academy, dengan sokongan Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi (KUSKOP), hari ini mengumumkan satu program pembiayaan baharu bernilai sehingga RM20,000 untuk usahawan wanita dalam industri kecantikan. Majlis pelancaran  Explorasi Usahawan Wanita telah dilakukan oleh Yhbg Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (Presiden ANGKASA &ASIA CO-OPERATIVE ORGANIZATION (ACO)). Yhbg Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (Presiden ANGKASA &ASIA CO-OPERATIVE ORGANIZATION (ACO)) ketika memberi ucapan perasmian. Turut hadir dimajlis tersebut ialah En Sezgin Comert  (PENGURUS BESAR FARMASI MALAYSIA). En Sezgin Comert  (PENGURUS BESAR ...

EZAD LAZIM MEMBAWAKAN SEMULA "RINDU HATIKU RINDU"

Image
Oleh: Norazni Ismail. Penyanyi veteran Ezad Lazim telah merakamkan semula lagu viral "Rindu Hatiku Rindu" yang asalnya dipopularkan oleh penyanyi cilik Tantari. Lagu ciptaan Eddie Hamid dengan lirik oleh Jaju dan Hakim Hakimi ini kini diberi nafas baharu melalui interpretasi Ezad yang matang dan berkepribadian. Versi asal lagu ini yang dinyanyikan oleh Tantari (Naufal Azahel Mohd Alfian) ketika berusia 6 tahun telah mencapai kejayaan memberangsangkan, termasuk kedudukan #1 Trending di YouTube selama 20 hari berturut-turut dengan lebih 9 juta tontonan. "Peluang merakamkan semula lagu ini merupakan satu penghormatan," kata Ezad, yang menekankan bahawa proses rakaman dilakukan dengan teliti untuk mengekalkan elemen asal sambil disesuaikan dengan persembahan penyanyi dewasa. Ezad Lazim terkenal sebagai bekas vokalis kumpulan Exists dengan hits seperti "Jesnita" dan "Alasanmu". Sebagai artis solo, beliau telah menghasilkan lagu-lagu popular termasuk...

Perfume Paradise sebagai Wangian Rasmi Festival “Futureland” Warner Music Malaysia dan Watsons Malaysia

Image
Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR, 07 November 2024 - Warner Music Malaysia sangat teruja untuk mengumumkan perkongsian dinamik dengan Perfume Paradise sebagai wangian rasmi untuk “Futureland” Festival yang sangat dinanti-nantikan penonton di lokasi ikonik, Stadium Merdeka pada 23 November ini. Kerjasama yang menarik ini juga akan menyaksikan YES 5G menyertai sebagai rakan telco rasmi bersama perkongsian yang diumumkan sebelum ini dengan Watsons Malaysia sebagai penaja utama. Penyanyi dan komposer terkenal, Hael Husaini bersama dua bintang Big Stage, Wani Kayrie dan Nadeera juga akan menyertai pentas "Futureland" Festival . Mereka bakal menyertai barisan artis berkaliber Malaysia seperti Hujan, Bunkface, MASDO, Ayda Jebat, Syamel, TUJU, Zynakal, Fimie Don, Amsyar Leee, Rizal Rasid, empty page., FUGŌ dan ramai lagi dalam festival muzik hebat ini. Selain itu, penyanyi yang baru ditabalkan sebagai Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-36 (ABPBH3...

MONOSTERIO BAKAL HADIR DENGAN SINGLE KEDUA "SANG LARA"

Image
Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR, 07 November 2024- Monosterio, sebuah band alternatif art rock tempatan, kini hadir dengan single kedua mereka berjudul "Sang Lara". Monosterio terdiri daripada Izan (vokal), Anep (drum), dan Alan (gitar). Kumpulan ini baru-baru ini melakukan penjenamaan semula awal tahun 2023 yang lalu. Monosterio bergerak secara bebas tanpa bernaung di bawah mana-mana syarikat rakaman, manakala Asia Empire Record adalah pengedar rasmi mereka. "Sang Lara" menonjolkan konsep alternatif pop yang lebih sesuai untuk pendengar umum, berbeza dengan single sulung mereka "Monofonik" yang lebih menonjolkan identiti Monosterio sebagai sebuah band alternatif art rock yang lebih bertenaga. Menurut Izan, vokalis Monosterio, lagu "Sang Lara" mengisahkan perjalanan kisah percintaan yang akhirnya terpaksa dikorbankan, dan si lelaki mencipta sebuah lagu untuk dijadikan tanda sejarah perjalanan kisah percintaan mereka. "Kami berharap ...