TOMOK & SITI NORDIANA BERSATU DALAM KONSERT MEMORI MUNGKIN BERULANG

Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR, 13 November 2024 - Konsert Memori Mungkin Berulang yang menampilkan Tomok dan Siti Nordiana akan berlangsung pada 1 Februari 2025 di Zepp Kuala Lumpur. Konsert yang akan bermula pada jam 8 malam ini merupakan kolaborasi pertama antara kedua-dua penyanyi terkenal yang telah berkarya lebih 20 tahun dalam industri muzik tanah air. Tomok, melalui syarikatnya POPSICLE RECORDS, akan membawakan pelbagai kejutan termasuk lagu-lagu hits seperti Memori Berkasih, Resipi Berkasih dan Gurauan Berkasih. Konsert ini juga akan menampilkan Tomok menyanyikan lagu-lagu duet Siti Nordiana bersama Allahyarham Achik. "Harga tiket ditawarkan juga amat berpatutan dan saya yakin peminat kami berdua mampu memilikinya dan menyokong konsert kami ini. Kami akan berikan persembahan terbaik dan tidak merugikan wang anda.” Ujar Tomok yang juga selaku penaung Popsicle Records. Tomok. “Memilih lagu duet kami iaitu Memori Mungkin Berulang sebagai teraju utama konsert ini adalah...