Posts

Konsert Gamon Music Fantasia Bakal Menggemparkan Pulau Pinang

Image
Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR 11 DISEMBER 2024 - Pentas healing anjuran Gamon Solution akan menjadi acara yang dinantikan para penggemar muzik tanah air. Setelah membina jenama dan komuniti yang kuat, Gamon Society kini bersiap-siap untuk menganjurkan konsert spektakuler bertajuk Gamon Music Fantasia pada 25 Januari 2024 di Setia Spice Arena, Pulau Pinang. Konsert yang bakal mengetengahkan lima band tersohor ini akan mempertemukan penggiat muzik tempatan dan Indonesia, termasuk Hujan, Bunkface, Ruffedge, serta dua band Indonesia iaitu d'Masiv dan Kangen Band. Kesemua band ini mempunyai katalog lagu popular yang sudah lama dekat di hati peminat. Pengurus Projek, Syafiq Danish, mendedahkan bahawa konsert ini merupakan kelanjutan daripada Pentas HEALING sebelum ini yang telah diadakan di tujuh lokasi dan mendapat sambutan hangat. Idea penganjuran Gamon Music Fantasia turut dicetuskan daripada permintaan peminat untuk mengadakan konsert yang lebih besar dan meriah. Menariknya, ...

Festival Dugem Countdown 2025 Pertama Kali Dianjurkan di Malaysia

Image
  Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR 09 DISEMBER 2024 - Sebuah festival musik elektronik yang baru dan inovatif akan menggemparkan Bandar Malaysia pada malam menjelang tahun baru 2025. Festival Dugem Countdown 2025 yang akan diadakan di The Landing, KL Base di Sungei Besi pada 31 Disember 2024 merupakan acara pertama dalam sejarah Malaysia yang membawakan genre muzik 'Dugem' secara besar-besaran. Dugem, yang bermaksud "Dunia Gemelapan", adalah genre muzik elektronik popular yang berasal dari Indonesia dan telah berkembang di Malaysia sejak tahun 2014. Festival kali ini dijangka menarik minat peminat muzik dari seluruh rantau Nusantara, termasuk Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei, dan Malaysia Timur. Majlis sidang media yang diadakan di Metro Pudu Mall telah mengumumkan bahawa festival sepanjang 12 jam ini akan bermula pada pukul 3 petang dan berakhir pada pukul 1 pagi. Penganjur, Mycom Entertainment, telah mengumumkan barisan artis yang menguja, termasuk dua bin...

Kekuatan Influencer dua ratu TikTok bersatu dalam 'CACACA'

Image
Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR 09 DISEMBER 202 4- Dua penyanyi terkenal Malaysia, Nabila Razali dan Bella Astillah, melancarkan kolaborasi muzik pertama mereka dengan single berjudul CACACA. Lagu pop ceria ini mengangkat tema keyakinan diri dan kebebasan bersuara, dengan irama menarik dan lirik mudah diingati. Lagu yang diterbitkan Universal Music Malaysia ini menggambarkan perjuangan mencapai impian melalui usaha keras dan kesabaran. Nabila dan Bella berkongsi pengalaman perakaman yang menyeronokkan, dengan Bella mengakui proses rakaman yang tidak dijangka namun menarik. "Nasib baiklah ketika itu, kami memang sudah bersedia dari segi melodi dan lain-lain. Walaupun baharu dengar beberapa kali, pengalaman bekerja dengan Nabila dan lagu ini sesuatu yang menarik. “Bagi saya, Nabila seorang yang sangat bekerja keras dan sangatlah menitikberatkan soal kualiti dalam kerja. Biarpun kita tahu ketika ini dia sedang sarat mengandung, semangat tetap hebatg. Jadi, perkara sebegini sangat...

Usanita Lancar Drama Digital Pertama dengan Fattah Amin dan Sophia Albarakbah

Image
Fattah Amin dan Sophia Albarakbah memertai perjanjian persefahaman bersama  Datuk Adzliana Dato' Sri Prof Dr Hasan, Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Sdn Bhd (tengah). Oleh: Norazni Ismail. Kuala Lumpur 09 Disember 2024 - Usanita Sdn Bhd melalui cabang baharunya, Usanita Entertainment, mengumumkan pelantikan Fattah Amin sebagai Duta Eksklusif dan Sophia Albarakbah sebagai Wajah Baharu untuk tahun 2025. Syarikat itu merancang untuk menerbitkan drama bersiri pertama yang akan diarahkan oleh sutradara terkenal Erma Fatima. Drama ini akan disiarkan secara eksklusif di platform digital TikTok Usanita. Fattah Amin dan Sophia Albarakbah. Datuk Adzliana Dato' Sri Prof Dr Hasan, Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Sdn Bhd, berkata pelantikan ini merupakan bukti komitmen syarikat untuk menggabungkan seni kreatif dengan teknologi digital. "Usanita Entertainment bertujuan untuk mempromosikan seni Malaysia dan memperkukuh hubungan industri kreatif dengan masyarakat global," katanya....

Piotr Lobodzinski Dan Valentina Belotti Juara Cabaran Mendaki KL Tower 2024

Image
Piotr Lobodzinski dari Poland dan  Valentina Belotti dari Itali  masing-masing menang dalam kategori lelaki dan wanita terbuka. Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR 08 DISEMBER 2024 - Menara Kuala Lumpur menjadi saksi kepada aksi menakjubkan atlet mendaki menara antarabangsa dalam edisi ke-22 kejohanan bertaraf dunia Turkish Airlines KL Tower International Towerthon Challenge 2024 yang berlangsung hari ini. Piotr Lobodzinski dari Poland menunjukkan kehebatan dalam kategori Lelaki Terbuka dengan mencatat masa yang mengagumkan iaitu 8 minit 8 saat untuk mendaki 1,608 anak tangga Menara KL. Beliau berjaya menewaskan jaguh tempatan Soh Wai Ching yang mencatat masa 8 minit 16 saat, manakala Lo Ching Chun dari Taiwan mengambil tempat ketiga dengan masa 9 minit 13 saat. Dalam kategori Wanita Terbuka, Valentina Belotti dari Itali tampil sebagai juara dengan masa 10 minit 18 saat. Atlet dari Kenya, Eunice Nyawira Muchiri menduduki tempat kedua dengan masa 10 minit 38 saat, sementara Le...

'HIJAB RINDU'-Lagu Terbaru Hanifah Balada Yang Menyentuh Perasaan

Image
Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR 07 DISEMBER 2024 - Penyanyi Black Hanifah membuat kejutan muzik dengan melancarkan single terbaharu bertajuk "Hijab Rindu" yang bakal menggegar pentas muzik tempatan. Lagu yang dicipta oleh Rudy Nastia bersama rakan kolaborasi Nyawa Black, Kelana, dan Adi Pawana ini membawa tema ketabahan dan kasih sayang yang mendalam. Lagu yang dirakam di Mixbro Records dan dimasterkan oleh Huzai dari SYNS Music ini merupakan rakaman pertama Black selepas menjalani pembedahan pita suara. Ia menandakan kembalinya Black ke pentas muzik dengan satu karya yang penuh makna, mengisahkan perjalanan hidup yang mencabar namun penuh harapan. Muzik video rasmi "Hijab Rindu" yang sebahagiannya dirakam di Perth, Australia, akan disiarkan pada 6 Disember 2024 jam 3 petang di saluran YouTube Nova Music Videos. Single ini turut memaparkan momen peribadi Black bersama keluarga, menyelitkan unsur kesungguhan dan keintiman. Black Hanifah mengungkapkan bahawa lagu...

Konsert Hitam Manis: Kolaborasi Spektakuler Dato Hattan, Hazam dan Black

Image
Konsert Hitam Manis: Kolaborasi Unik Tiga Penyanyi Solo di KLCC Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR 07 DISEMBER 2024- Dato Hattan, Hazama, dan Black akan menggegarkan pentas Plenary Hall, KLCC pada 8 Februari 2025 dengan konsert istimewa bertajuk "Hitam Manis". Konsert ini merupakan sebuah kolaborasi yang unik, menggabungkan tiga penyanyi lelaki solo dengan latar belakang muzik yang berbeza. Menurut Dato Hattan, konsep konsert ini lahir daripada hubungan chemistry yang kuat antara mereka bertiga. Masing-masing mempunyai genre muzik tersendiri - Dato Hattan lebih condong kepada rock and blues, Hazama berjenis pop rock, manakala Black lebih selesa dengan lagu balada. Mereka yakin gabungan ini akan menghasilkan sesuatu yang belum pernah dilakukan sebelumnya di pentas muzik tempatan. Konsert selama dua jam ini akan menampilkan pelbagai lagu hit, termasuk lagu-lagu popular masing-masing artis serta beberapa lagu yang tidak pernah mereka nyanyikan sebelum ini. Dato Hattan turut me...