Hotel Ibis Kuala Lumpur City Centre Menganjurkan Perayaan Meriah Akhir Tahun

Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR - Hotel Ibis Kuala Lumpur City Centre mengalu-alukan para tetamu untuk meraikan musim perayaan dengan jamuan buffet istimewa pada akhir tahun 2024 dan awal tahun 2025. Acara yang dijanjikan bakal menawarkan pengalaman kuliner dan hiburan yang tidak dapat dilupakan. Pada 24 dan 25 Disember 2024, hotel menawarkan pilihan buffet menarik dengan harga yang berimpak. Buffet Lunch dan Hi-Tea disediakan pada harga RM79 untuk dewasa dan RM59 untuk kanak-kanak. Sementara itu, Buffet Dinner pada 24 Disember pada harga RM118 untuk dewasa dan RM83 untuk kanak-kanak, manakala pada 25 Disember ditetapkan pada RM108 untuk dewasa dan RM76 untuk kanak-kanak. Bagi mereka yang berminat, terdapat diskaun istimewa 10% untuk tetamu hotel, ahli kelab, dan mereka yang membuat tempahan serta membayar sebelum 18 Disember 2024. Acara ini turut menawarkan pelbagai aktiviti menarik termasuk cabutan bertuah, bingkisan parti, dan persembahan band secara langsung. Majlis perayaan ...