Posts

Hotel Ibis Kuala Lumpur City Centre Menganjurkan Perayaan Meriah Akhir Tahun

Image
Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR - Hotel Ibis Kuala Lumpur City Centre mengalu-alukan para tetamu untuk meraikan musim perayaan dengan jamuan buffet istimewa pada akhir tahun 2024 dan awal tahun 2025. Acara yang dijanjikan bakal menawarkan pengalaman kuliner dan hiburan yang tidak dapat dilupakan. Pada 24 dan 25 Disember 2024, hotel menawarkan pilihan buffet menarik dengan harga yang berimpak. Buffet Lunch dan Hi-Tea disediakan pada harga RM79 untuk dewasa dan RM59 untuk kanak-kanak. Sementara itu, Buffet Dinner pada 24 Disember pada harga RM118 untuk dewasa dan RM83 untuk kanak-kanak, manakala pada 25 Disember ditetapkan pada RM108 untuk dewasa dan RM76 untuk kanak-kanak. Bagi mereka yang berminat, terdapat diskaun istimewa 10% untuk tetamu hotel, ahli kelab, dan mereka yang membuat tempahan serta membayar sebelum 18 Disember 2024. Acara ini turut menawarkan pelbagai aktiviti menarik termasuk cabutan bertuah, bingkisan parti, dan persembahan band secara langsung. Majlis perayaan ...

"Bullseye" - Karya Muzik Terbaru The Gadys

Image
Oleh: Norazni Ismail. PETALING JAYA 12 DISEMBER 2024 - Kumpulan muzik pop The Gadys yang terdiri daripada Aznie, Ayunie, dan Thamiera terus mengukuhkan kedudukan mereka dalam industri muzik Malaysia dengan melancarkan single terbaru bertajuk "Bullseye". Dihasilkan oleh Romeo dan Shane Kennedy, lagu ini menampilkan perpaduan elemen pop elektronik dan dance dengan lirik yang bermakna, mengangkat mesej tentang ketabahan dan keyakinan dalam mengejar impian. Kumpulan ini telah mencipta nama dalam industri muzik tempatan melalui beberapa single popular yang berjaya menduduki carta muzik digital. Mereka dikenali dengan penampilan dinamik di pentas dan kemampuan untuk menarik perhatian penggemar melalui persembahan bertenaga. Menurut Aznie, lagu "Bullseye" ibarat permainan dart di mana mereka sentiasa berusaha mencapai sasaran utama, tidak putus asa sekiranya tidak tepat pada mukanya. Ayunie turut menambah bahawa lagu ini merupakan satu cabaran tersendiri kerana berbeza d...

Misi Bantuan Khas Konsortium IRAMA untuk Mangsa Bencana

Image
Oleh: Norazni Ismail. SG BULOH 11 DISEMBER 2024 - Bencana banjir yang melanda beberapa negeri di Malaysia sepanjang bulan Disember 2024 telah mencetuskan pelbagai kesan mendalam, dengan mangsa mengalami kemusnahan harta benda dan kerugian yang besar. Rumah roboh, haiwan ternakan hilang, dan tanaman musnah akibat arus deras yang ganas. Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA) dengan kerjasama beberapa pertubuhan dan stesen radio telah mengambil inisiatif menggerakkan Misi Bantuan Banjir untuk membantu mangsa-mangsa yang terjejas. Presiden IRAMA, Ayob Abdul Majid, menyatakan bahawa mereka sedang menguruskan pusat pengumpulan barang-barang keperluan. "Misi ini bertujuan untuk membantu mangsa banjir yang terkesan dengan menyediakan keperluan harian yang amat diperlukan. "Masyarakat sekitar Kuala Lumpur khususnya serta rakyat Malaysia amnya diberi peluang untuk menyumbangkan barangan keperluan dan membantu meringankan beban mangsa banjir. "Beberapa lokasi telah dik...

Konsert Gamon Music Fantasia Bakal Menggemparkan Pulau Pinang

Image
Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR 11 DISEMBER 2024 - Pentas healing anjuran Gamon Solution akan menjadi acara yang dinantikan para penggemar muzik tanah air. Setelah membina jenama dan komuniti yang kuat, Gamon Society kini bersiap-siap untuk menganjurkan konsert spektakuler bertajuk Gamon Music Fantasia pada 25 Januari 2024 di Setia Spice Arena, Pulau Pinang. Konsert yang bakal mengetengahkan lima band tersohor ini akan mempertemukan penggiat muzik tempatan dan Indonesia, termasuk Hujan, Bunkface, Ruffedge, serta dua band Indonesia iaitu d'Masiv dan Kangen Band. Kesemua band ini mempunyai katalog lagu popular yang sudah lama dekat di hati peminat. Pengurus Projek, Syafiq Danish, mendedahkan bahawa konsert ini merupakan kelanjutan daripada Pentas HEALING sebelum ini yang telah diadakan di tujuh lokasi dan mendapat sambutan hangat. Idea penganjuran Gamon Music Fantasia turut dicetuskan daripada permintaan peminat untuk mengadakan konsert yang lebih besar dan meriah. Menariknya, ...

Festival Dugem Countdown 2025 Pertama Kali Dianjurkan di Malaysia

Image
  Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR 09 DISEMBER 2024 - Sebuah festival musik elektronik yang baru dan inovatif akan menggemparkan Bandar Malaysia pada malam menjelang tahun baru 2025. Festival Dugem Countdown 2025 yang akan diadakan di The Landing, KL Base di Sungei Besi pada 31 Disember 2024 merupakan acara pertama dalam sejarah Malaysia yang membawakan genre muzik 'Dugem' secara besar-besaran. Dugem, yang bermaksud "Dunia Gemelapan", adalah genre muzik elektronik popular yang berasal dari Indonesia dan telah berkembang di Malaysia sejak tahun 2014. Festival kali ini dijangka menarik minat peminat muzik dari seluruh rantau Nusantara, termasuk Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei, dan Malaysia Timur. Majlis sidang media yang diadakan di Metro Pudu Mall telah mengumumkan bahawa festival sepanjang 12 jam ini akan bermula pada pukul 3 petang dan berakhir pada pukul 1 pagi. Penganjur, Mycom Entertainment, telah mengumumkan barisan artis yang menguja, termasuk dua bin...

Kekuatan Influencer dua ratu TikTok bersatu dalam 'CACACA'

Image
Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR 09 DISEMBER 202 4- Dua penyanyi terkenal Malaysia, Nabila Razali dan Bella Astillah, melancarkan kolaborasi muzik pertama mereka dengan single berjudul CACACA. Lagu pop ceria ini mengangkat tema keyakinan diri dan kebebasan bersuara, dengan irama menarik dan lirik mudah diingati. Lagu yang diterbitkan Universal Music Malaysia ini menggambarkan perjuangan mencapai impian melalui usaha keras dan kesabaran. Nabila dan Bella berkongsi pengalaman perakaman yang menyeronokkan, dengan Bella mengakui proses rakaman yang tidak dijangka namun menarik. "Nasib baiklah ketika itu, kami memang sudah bersedia dari segi melodi dan lain-lain. Walaupun baharu dengar beberapa kali, pengalaman bekerja dengan Nabila dan lagu ini sesuatu yang menarik. “Bagi saya, Nabila seorang yang sangat bekerja keras dan sangatlah menitikberatkan soal kualiti dalam kerja. Biarpun kita tahu ketika ini dia sedang sarat mengandung, semangat tetap hebatg. Jadi, perkara sebegini sangat...

Usanita Lancar Drama Digital Pertama dengan Fattah Amin dan Sophia Albarakbah

Image
Fattah Amin dan Sophia Albarakbah memertai perjanjian persefahaman bersama  Datuk Adzliana Dato' Sri Prof Dr Hasan, Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Sdn Bhd (tengah). Oleh: Norazni Ismail. Kuala Lumpur 09 Disember 2024 - Usanita Sdn Bhd melalui cabang baharunya, Usanita Entertainment, mengumumkan pelantikan Fattah Amin sebagai Duta Eksklusif dan Sophia Albarakbah sebagai Wajah Baharu untuk tahun 2025. Syarikat itu merancang untuk menerbitkan drama bersiri pertama yang akan diarahkan oleh sutradara terkenal Erma Fatima. Drama ini akan disiarkan secara eksklusif di platform digital TikTok Usanita. Fattah Amin dan Sophia Albarakbah. Datuk Adzliana Dato' Sri Prof Dr Hasan, Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Sdn Bhd, berkata pelantikan ini merupakan bukti komitmen syarikat untuk menggabungkan seni kreatif dengan teknologi digital. "Usanita Entertainment bertujuan untuk mempromosikan seni Malaysia dan memperkukuh hubungan industri kreatif dengan masyarakat global," katanya....