Posts

Showing posts from December, 2024

MALAM SILATURAHIM HIMPUN 12 LAGENDA SENI TANAH AIR

Image
Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR 27 DISEMBER 2024 - Seramai 12 lagenda seni tanah air telah berkumpul dalam acara Malam Silaturahim yang berlangsung di Dewan Merdeka, World Trade Centre Kuala Lumpur (WTC KL) pada 25 Disember lalu. Program anjuran HS Event & Entertainment Sdn. Bhd ini telah menarik kehadiran kira-kira 1,200 penonton yang hadir menyaksikan persembahan nostalgia artis-artis terkenal tanah air. Menurut penganjur program, Datin Hjh Rosmariza Dato Hj Che Umar, program ini bertujuan mengeratkan hubungan dalam kalangan penggiat seni di samping menghargai sumbangan mereka kepada industri. "Program ini bukan sekadar meraikan artis-artis veteran, malah menjadi platform untuk membantu rakan-rakan seniman yang kurang bernasib baik," katanya. Antara artis yang tampil memeriahkan malam tersebut termasuk Dwan Olan, Mel Wings, Joey BPR, Ali XPDC, Aris Ariwatan, Poey Sting, Ameng Spring, Asheed DEF GAB C, Bagiio, Amir Ukays, Wan Bossanova dan Noorshila Amin. Progra...

SOMA LANCAR ALBUM 'PERJALANAN', HASIL KARYA DUA KOMPOSER BERSAUDARA

Image
Oleh: Norazni Ismail. KUALAL LUMPUR 26 DISEMBER 2024 - Penyanyi baharu, Rosmah S.Sengari atau lebih dikenali sebagai Soma, telah melancarkan album sulung beliau yang bertajuk 'Perjalanan'. Album ini merupakan kolaborasi istimewa yang mengetengahkan karya dua komposer bersaudara - Allahyarham S.Atan dan Belle Fatah. Soma, yang merupakan anak kelahiran Selangor, menyifatkan album ini bukan sahaja sebagai hadiah peribadi, tetapi juga sebagai buah tangan untuk seluruh rakyat Malaysia. Album 'Perjalanan' mengandungi lima buah lagu, dengan tiga daripadanya merupakan karya asli Allahyarham S.Atan, manakala dua lagi adalah hasil gubahan semula Belle Fatah daripada karya asal Din J. Perjalanan kerjaya Soma dalam industri muzik bermula sejak berusia 13 tahun. Beliau pernah mencatatkan beberapa pencapaian membanggakan, antaranya menjadi naib juara Pertandingan Bintang Nostalgia Klasik Nasional RTM 2009 dan juara Bintang Klasik RTM 2010 mewakili Selangor. Pertemuan semula Soma d...

THE FATALIS KEMBALI DENGAN ALBUM BAHARU "QUASSSAR" SELEPAS EMPAT TAHUN

Image
Oleh: Norazni Ismail . Kugiran fuzz rock tempatan, The Fatalis, telah mengumumkan kemunculan semula mereka dengan album terbaharu bertajuk "Quasssar" - hasil gabungan perkataan 'Quasar' (Bahasa Inggeris) dan 'Kuasa' (Bahasa Melayu). Ditubuhkan pada pertengahan Disember 2016, The Fatalis yang dianggotai oleh Aiman Mufti (dram), Shariman Shuhaime (bass), Faiq Aizad (gitar solo) dan Adib Azfar (gitar ritma & vokal) telah menghasilkan beberapa EP dan turut terlibat dalam kompilasi muzik tempatan. Album sulung mereka, "Ledakan Paradigma" yang mengandungi 8 buah lagu telah diterbitkan pada tahun 2019. Walau bagaimanapun, rancangan jelajah promosi ke seluruh Malaysia dan negara-negara jiran terpaksa dibatalkan berikutan penularan pandemik Covid-19. "Quasssar" membawa konsep yang unik tentang kewujudan manusia yang memiliki kuasa luar biasa dalam mengawal kosmik minda untuk kelangsungan hidup. Berbeza dengan album terdahulu, koleksi lagu dala...

Pencapaian cemerlang memberi impak yang lebih kuat berbanding kejayaan gemilang.

Image
Oleh: Norazni Ismail. PUTRAJAYA - Pusat Tuisyen Terkemuka PTTI meraikan ulang tahun ke-10 dengan penuh meriah dalam majlis yang berlangsung di Putrajaya pada 19 Disember lalu. Sepanjang sedekad penubuhannya, PTTI telah berjaya membantu seramai 100,000 pelajar SPM di seluruh negara. Ketua Pegawai Eksekutif  PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau lebih dikenali sebagai Cikgu Fana berkata, institusi tersebut bermula dengan usaha kecil untuk membantu pelajar SPM dan didorong oleh minat mendalam dalam bidang pendidikan. "PTTI telah berjaya membantu lebih 2,000 pelajar meningkatkan prestasi akademik mereka dari gred G kepada A. Pencapaian ini merupakan hasil dedikasi dan komitmen kami dalam menyediakan pendidikan berkualiti," ujar beliau. Ketua Pegawai Eksekutif  PTTI, Siti Farhana Abu Osman ketika memberikan ucapan. Antara pencapaian membanggakan PTTI termasuk pengiktirafan Brand Laureate Award dan Best Education Companies in Dubai 2022. Institusi ini juga telah memperkenalkan aplikas...

KONSERT RENTASMASA "SATU EVOLUSI MUZIK" DITANGGUHKAN KE 31 JANUARI 2025 ATAS SEBAB BENCANA BANJIR

Image
KENYATAAN MEDIA. TGJ Entertainment ingin mengumumkan penangguhan Konsert Rentasmasa "Satu Evolusi Muzik" yang pada asalnya dijadualkan berlangsung pada 31 Disember 2024 ke tarikh baharu iaitu 31 Januari 2025 (Jumaat) di ZEPP, Kuala Lumpur. Penangguhan ini dibuat susulan bencana banjir yang telah melanda beberapa negeri di Malaysia. Mengambil kira amaran Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengenai kemungkinan berlakunya gelombang kedua banjir, pihak penganjur bersama para artis telah membuat keputusan untuk menangguhkan konsert ini sebagai tanda solidariti terhadap mangsa-mangsa banjir. Dalam usaha membantu mangsa-mangsa yang terjejas, Skuad Rentas Masa telah melancarkan misi bantuan dan akan bekerjasama dengan Wings Motor Gang Society (WMGS) untuk menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Konsert yang dinanti-nantikan ini akan menampilkan persembahan istimewa daripada empat tokoh muzik terkemuka negara iaitu Ziana Zain, Dato' DJ Dave, Datuk Jeffrydin dan ...

Gabungan Mantap Sembilan Bintang Muzik Tanah Air

Image
Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR 20 DISEMBER 2024 - Konsert MEGAHITZ 3 DEKAD VOL.1 yang akan berlangsung pada 25 Januari 2025 di Zepp Kuala Lumpur bakal menampilkan sembilan penyanyi tersohor tanah air termasuk Datuk Jamal Abdillah, Datuk Nash, Datuk Hattan, Man Bai, Ramlah Ram, Zur Eda, Noorshila Amin, Andy Flop Poppy dan Amir Masdi. Konsert yang berkonsepkan 'back to the 80's & 90's' ini merupakan satu penghormatan kepada tiga dekad kegemilangan industri muzik Malaysia dengan mengetengahkan pelbagai genre termasuk pop, rock dan balada. Para penyanyi akan mempersembahkan 22 buah lagu yang pernah dipertandingkan dan memenangi Anugerah Juara Lagu. Pengasas dan Pengarah Pentas 365 Events, Afiezan Shah Mohd Zahari berkata konsert ini bukan sahaja meraikan artis-artis lagenda, malah mengimbau kembali zaman kegemilangan industri muzik Malaysia. Beliau turut menyatakan bahawa setiap penyanyi yang terlibat telah meninggalkan impak yang luar biasa dalam industri.  Bagi...

EKSPO HALAL MALAYSIA 2024: MEMPERKASA EKONOMI DAN WARISAN ISLAM

Image
Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR 19 DISEMBER 2024 - Ekspo Pengguna Malaysia 2024 (MYCE 2024) telah dibuka dengan rasminya hari Selasa 17 Disember 2024 di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), menandakan satu lagi pencapaian penting dalam landskap perdagangan Malaysia. Ekspo yang julung kali diadakan ini merupakan hasil kerjasama antara Malaysia Guangdong Import & Export Chamber of Commerce (MGIECC) dan Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN), dengan sokongan Guangdong Chamber of Commerce of Importers & Exporters (Malaysia Service Center). Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia (Dr) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam telah merasmikan ekspo ini yang mengetengahkan tema "Barangan dan Produk Budaya Islam", menyaksikan penyertaan lebih 150 pempamer dari dalam dan luar negara. MYCE 2024 memfokuskan kepada tujuh sektor utama iaitu barangan pengguna pantas (FMCG), peralatan sukan, fesyen kediaman, mesin layan diri, produk kecantikan, kelengkapan haiw...

3 Dekad Bersama Datuk Nora: Perjalanan Seni Yang Gemilang

Image
  Oleh: Norazni Ismail. PETALING JAYA 19 DISEMBER 2024 - Setelah 30 tahun berkecimpung dalam industri muzik tanah air, penyanyi kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang yang bersuara lunak, Datuk Wan Norafizah Dato' Haji Wan Ariffin atau lebih dikenali sebagai Datuk Nora Ariffin, akhirnya merealisasikan impiannya untuk mengadakan konsert solo pertama bertajuk 'Konsert Hanya Satu: Datuk Nora Ariffin ~ 30 Years Journey'. Konsert yang berlangsung pada 18 Disember di Stage 1 Theatre, PJ Pac, 1 Utama E, Petaling Jaya telah berjaya menarik kehadiran seramai 700 penonton. Konsert ini dianjurkan oleh syarikat milik Datuk Nora sendiri, Johan Nawawi Sdn Bhd (JNSB) dengan sokongan Kementerian Komunikasi dan Kumpulan MyCreative Ventures melalui program Dana Kandungan Kreatif Persembahan Muzik. "Pastilah ini adalah detik penting dalam kerjaya seni muzik saya. Konsert ini khas buat peminat-peminat setia saya yang sentiasa menyokong selama ini. Semoga ia menjadi hadiah dan tanda kasih p...

'TRIAD' Tiga Legenda Rock Malaysia, Satu Pentas Bersejarah

Image
  Oleh: Norazni Ismail. KUALA LAUMPUR 18 DISEMBER 2024- Kuala Lumpur akan menyaksikan sebuah peristiwa muzik bersejarah apabila Dato' Awie, seorang legenda rock Malaysia, akan membuat kemunculan epik dalam konsert TRIAD yang bakal diadakan pada 14 Februari 2025 di Zepp Kuala Lumpur. Konsert istimewa ini akan menggabungkan tiga kumpulan rock ikonik - Wings, Search Kid Din, dan Dragon Malaya - yang akan dipimpin secara langsung oleh Dato' Awie. Konsert yang dianjurkan oleh Rumah Produksi Merah milik Dato' Awie sendiri ini dijangka mencetus sejarah dalam industri muzik tanah air. Search Kiddin. Wings. Dragon Malaya, yang ditubuhkan pada tahun 1998, merupakan kumpulan pengiring asal bagi persembahan solo Dato' Awie, termasuk dalam projek album Rentap yang terkenal dengan lagu-lagu ikonik seperti Kuda Tiga Kaki dan Bumi Kita Ada Naga. Kini, kumpulan tersebut akan diperkuat dengan kehadiran Lan Taro, Eddie Def Gab C, dan Pae. Dragon Malaya. Dato' Awie sendiri menekankan...

'NIGHT OF LOVE & COMPASSION' berjaya kutip dana RM300K

Image
Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR 15 DISEMBER 2024- Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Tengku Mahmud, Besut Terengganu (TMESA) telah menganjurkan acara makan malam amal bertajuk 'Night Of Love & Compassion' untuk mengumpul dana membantu pelajar-pelajar kurang bernasib baik. Acara istimewa ini akan diraikan dengan persembahan dua penyanyi legenda tanah air, Datuk Hattan dan Datuk Jamal Abdillah, yang membawa kelaziman lagu-lagu evergreen mereka.  Majlis diadakan pada malam tadi, 14 Disember 2024 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur. Lebih  1,000 orang penonton hadir dan kutipan dana sebanyak RM300,000.00 berjaya dikumpul pada malam itu untuk membantu pelajar-pelajar memerlukan. Pembuka tirai adalah persembahan dari band Biso Bonar disusuli  Datuk Hattan yang membawa 7 buah lagu termasuk satu lagu 'Biso Bonar'  berduet bersama anaknya Adam, manakala Datuk Jamal Abdillah membawa eman buah lagu hits beliau. Datuk Hatan yang unggul dengan lontara...

Rock Fest 2024 - Kolaborasi Muzik Lintas Genre di Singapura

Image
"Rock Fest 2024 mensasarkan peminat muzik rock yang lebih matang" kata Luqman Hakim. Oleh: Norazni Ismail. SINGAPURA 13 DISEMBER 2024-   LP Productions dengan bangga mengumumkan kejayaan Rock Fest 2024, sebuah acara muzik yang menghimpunkan empat band terkenal dari pentas rock Singapura. Inisiatif ini bermula daripada idea Joey dari Konspirazy dan Indra dari Elemental untuk menghidupkan semula semangat muzik rock tempatan yang semakin perlahan. Gig yang diadakan di Phil Studio 1Selegie Rd, Singapura pada Ahad 08 Disember 2024 lepas itu mempertemukan empat band dengan genre berbeza: Life Petal dengan pendekatan Symphonic Rockestra Ballad, D'OtaiBoyz yang versatil, Elemental dengan rock gaya Indonesia seperti Radja, dan Konspirazy dengan sentuhan Glam Rock. Setiap band diberi peluang untuk tampil selama 30 minit, membentangkan antara 5 hingga 6 lagu. D'Otaiboyz. Life Petal. Elemental Konpirazy. Dengan kapasiti 250 penonton dan fokus pada tempat duduk, Rock Fest 2024 me...