Posts

Showing posts from November, 2024

Gebyar Nusantara 2024 - Pengalaman Budaya Indonesia yang Menakjubkan!

Image
Oleh: Norazni Ismail. Majlis Gebyar Nusantara 2024 bakal meriahkan Raintree Plaza, TRX Kuala Lumpur pada 30 November hingga 1 Disember 2024. Acara yang dijanjikan bakal menjadi perayaan spektakuler kebudayaan Indonesia, menawarkan pelbagai pengalaman menarik yang membangkitkan semangat kebersamaan Malaysia-Indonesia. Lokasi strategik di Raintree Plaza memudahkan pengunjung dengan akses yang sangat baik menerusi stesen MRT dan LRT. Ruang letak kenderaan yang luas dan selesa turut memastikan kemudahan pengunjung. Antara sorotan acara termasuklah pelbagai hidangan ikonik Indonesia yang bakal memanjakan selera pengunjung. Pengunjung berpeluang menikmati pelbagai masakan autentik seperti Nasi Padang Ampera Raya, Soto Banjar Bang Suhai, Ayam Gepuk Top Global, hidangan Mama Medan, dan masakan Betawi yang mempamerkan kekayaan rasa tradisional Nusantara. Selain hidangan, acara ini turut menawarkan kraf tangan ekslusif Indonesia yang memukau, memberi peluang kepada pengunjung untuk menerokai ...

ROCK LEGENDA MALAYSIA-INDONESIA BAKAL GEGAR MENARA KUALA LUMPUR DALAM "ROX THE NATION"

Image
Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR 29 NOVEMBER 2024 - Konsert ROXtheNATION yang bakal berlangsung pada 25 Januari 2025 di Menara Kuala Lumpur akan mempertemukan tiga icon rock Malaysia dan Indonesia dalam satu pentas bersejarah. Man Keedal dari band Waris, Jo Branko dari Barbarik, dan Eet Sjahranie dari EdanE - ketiga-tiga gitaris legenda yang mempunyai pengalaman empat dekad dalam industri muzik - akan tampil bersama untuk pertama kalinya. Pengerusi Projek, Ellie G, mengumumkan konsert ini sebagai manifestasi semangat rock sejati yang merentasi sempadan negara. "ROXtheNATION adalah konsert yang akan menggegarkan Malaysia dan terdengar hingga ke Indonesia," katanya pada sidang media hari ini. Tiket konsert dijual pada harga RM188 (Silver), RM288 (Gold), dan RM388 (VIP), manakala tiket Live Streaming hanya RM30. Tambahan menarik, setiap tiket akan menyumbang 5 peratus kepada persatuan SU.RE Sihat KL. Sebagai bonus, seorang peminat bertuah bakal memenangi motosikal Harley...

Nostalgia Muzik Rock Malaysia Kembali Bergelora di Konsert Rock Kapak 2

Image
Gamma, Gravity, dan RockapaK Band berharap konsert kali ini mendapat sambutan hebat. Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR 29 NOVEMBER 2024- Selepas kejayaan Konsert Rock Kapak pada 07 Oktober 2023 yang lepas, Attah Music kembali menganjurkan Konsert Rock Kapak 2 yang bakal membangkitkan semula kenangan muzik rock era 1980-an. Konsert yang dijangka meriah ini akan berlangsung pada hari Sabtu, 28 Disember 2024 di Panggung Asia, Kuala Lumpur. Penonton akan dimeriahkan dengan persembahan beberapa band rock ternama tanah air termasuk Gamma, Gravity, dan RockapaK Band. Konsert kali ini turut menampilkan penampilan istimewa Amir SYJ/SOFEA dan Joe Rockers yang dijangka bakal membangkitkan nostalgia penggemar muzik rock. Blank Gamma. Kumpulan Gravity. Kumpulan Rock Kapak Band. Konsert kali ini tidak sekadar persembahan muzik, malah turut menawarkan pelbagai hadiah menarik yang ditaja oleh rakan korporat seperti 72 Guitar Hunters, Scorpions Bikers, Mentari Merah Entertainment, Rockstage Entertain...

OKU FEST 2.0 Kembali Memperagakan Kekuatan Seni Komuniti Istimewa

Image
Festival ini dianjurkan oleh Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN) dengan sokongan DBKL, MOTAC, MAB, SBM dan Dyslexia Genius. Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR 27 NOVEMBER 2024 - Festival Seni Orang Kelainan Upaya (OKU) yang bertajuk "OKU FEST 2.0" akan diadakan pada 30 November dan 1 Disember 2024 di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur, Dataran Merdeka. Acara berlangsung dari jam 10 pagi hingga 8 malam dan akan dirasmikan oleh Senator Isaiah D. Jacob. Dengan tema "My Ability is Stronger Than My Disability", festival ini bertujuan membuktikan bahawa kekurangan bukanlah penghalang, sebaliknya merupakan kekuatan luar biasa yang perlu diraikan. Acara ini merupakan sambungan kejayaan penganjuran pertama pada Oktober 2022. Antara acara yang dijadualkan termasuk Pertandingan Akhir Bakat Seni Suara SBM, Pertandingan Canting Batik untuk kanak-kanak autisme, dan persembahan OKU Jam yang akan menampilkan bakat seperti Rizwan, Lan Taroo, dan kumpulan muzik Reloveution. Forum ...

12 Legenda Seni Bersatu dalam "Malam Silaturahim" di WTC Kuala Lumpur

Image
Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR 27 NOVEMBER 2024- HS Event & Entertainment Sdn. Bhd akan menganjurkan Malam Silaturahim, sebuah acara eksklusif yang bakal menghimpunkan 12 lagenda seni tanah air dalam satu malam penuh nostalgia. Acara istimewa ini akan diadakan di Dewan Merdeka, World Trade Centre Kuala Lumpur (WTC KL) pada 25 Disember 2024 8.00 malam. Penganjur program, Datin Hjh Rosmariza Dato Hj Che Umar, menekankan bahawa objektif utama acara ini adalah untuk merapatkan hubungan antara penggiat seni sambil menghargai jasa mereka. Acara ini bukan sekadar perayaan, malah menjadi platform untuk membantu seniman yang kurang bernasib baik. "Inilah kelainan yang dibuat oleh kami. Selalunya sumbangan daripadabeberapa pihak ini diberikan menjelang puasa dan Hari Raya. Jadi kami cuba ubah tradisi itu" ..kata Datin Hjh Rosmariza. Datin Hjh Rosmariza Dato Hj Che Umar ( Penganjur program) Sebanyak 20 orang penerima sumbangan telah dikenal pasti, termasuk beberapa nama besar ...

Sumbangan PEKEMA Ringankan Beban Artis Veteran Tanah Air

Image
Tetamu VIP serta sebahagian artis bergambar selepas majlis. Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR 24 NOVEMBER 2024- Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN) telah merakamkan penghargaan kepada Yayasan PEKEMA (Persatuan Pengimport & Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia) atas sumbangan kewangan bernilai RM5,000 kepada 30 orang penerima yang terdiri daripada penyanyi, pelakon veteran, dan individu yang sedang mengalami keuzuran. Ybhg Datuk Hj Mohamed Nazari Noordin ( Presiden PEKEMA)  turut memberi ucapan pada majlis tersebut. Majlis penyerahan sumbangan ini merupakan satu penghargaan bermakna bagi para penggiat seni yang uzur dan artis veteran yang telah banyak memberi sumbangan dalam dunia seni tanah air. Mereka telah mencurahkan bakti dan tenaga sepanjang hayat untuk menghiburkan rakyat Malaysia dengan lakonan, nyanyian, dan karya seni yang memberi kesan mendalam kepada masyarakat. Kini, dengan faktor usia dan kesihatan yang semakin merosot, mereka berdepan dengan cabaran yang memerlu...

MPH KEMBALI KE ALAMANDA PUTRAJAYA DENGAN KEDAI BAHARU YANG MENGAGUMKAN

Image
Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Fadhlina Sidek (tiga dari kanan) merasmikan cawangan MPH, Putrajaya bersama dengan Pengarah Pendidikan Putrajaya Tuan Haji Ezaiddin Hussain dan Ketua Pegawai Eksekutif MPH Bookstores Martin Cross. Oleh: Norazni Ismail. PUTRAJAYA 19 NOVEMBER 2024  - Kedai Buku MPH telah merasmikan outlet ke-10 di Pusat Beli-belah Alamanda, Putrajaya pada 19 November 2024. Perasmian telah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Fadhlina Sidek, dengan kehadiran Pengarah Pendidikan Putrajaya Tuan Haji Ezaiddin Hussain dan Ketua Pegawai Eksekutif MPH Bookstores Martin Cross. Outlet baharu seluas 5,000 kaki persegi ini menampilkan reka bentuk kontemporari serupa dengan kedai utama MPH di The Exchange TRX, dengan perincian kayu dan gangsa yang moden. Kedai ini menawarkan pelbagai koleksi buku dalam Bahasa Melayu dan Inggeris, termasuk fiksyen, bukan fiksyen, buku kanak-kanak, serta produk alat tulis, hadiah, dan permainan pendidikan. Menteri Pendidikan, Ya...

"Ronnie Hussein Kembali dengan Single Terbaharu 'Benar Aku Cinta'"

Image
Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR, 18 NOVEMBER 2024 - Penyanyi Ronnie Hussein kembali ke industri muzik dengan pelancaran single terbaru bertajuk 'Benar Aku Cinta' hari ini, selepas lima tahun tanpa karya baharu. Lagu balada ini dihasilkan oleh Bee Ngapz dengan gubahan muzik oleh Rudy Nastia dan akan menjadi runut bunyi drama 'Lara Kasih' yang akan ditayangkan di slot Samarinda TV3 mulai 11 Disember. Single ini diterbitkan oleh Indigital Music dengan kerjasama Alternate Records dan boleh didapati di semua platform digital, manakala video lirik boleh ditonton di saluran YouTube Indigital Music. Ronnie yang terkenal dengan lagu 'Di Koyak Waktu' berharap single terbarunya ini akan mendapat sambutan hangat daripada peminat dan dapat menempa kejayaan seperti karya-karya terdahulunya. “Saya memang sudah mengenali Rudy dan Afif kerana pernah bekerjasama sebelum ini. Tetapi untuk naskhah ini ada sedikit berbeza memandangkan ada beberapa perubahan dilakukan saat akhir....

"Konsert Fenomena Arijit Singh Menggetarkan Pentas Malaysia"

Image
Oleh: Norazni Ismail KUALA LUMPUR 17 NOVEMBER 2024 - Konsert "Arijit Singh Live in Malaysia" yang berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil pada malam Sabtu telah mencipta sejarah sebagai konsert Bollywood terbesar di Malaysia dengan kehadiran hampir 10,000 penonton. Acara yang dianjurkan oleh Castle Group melalui kerjasama Hitman Solutions dan Cinestar Events dari Australia ini telah membuktikan populariti bintang Bollywood tersebut di rantau ini. Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas Hitman Group, En. Rohit Rampal menyatakan bahawa sambutan yang diterima jauh melampaui jangkaan pihak penganjur. Konsert yang berlangsung selama lebih tiga jam ini merupakan kemunculan ketiga Arijit Singh di Malaysia, dengan persembahan terakhirnya di negara ini adalah pada tahun 2014 di Dewan Wawasan Convention & Exhibition Centre. Sepanjang konsert, Arijit Singh membawakan hampir 50 lagu ikoniknya termasuk "Janam Janam", "Ae Dil Hai Mushkil", "Tum Hi Ho", ...

"Langkah Baru Dalam Karier Dato' Sri Siti Nurhaliza Melalui Single Terbaharu"

Image
Oleh: Norazni Ismail. Dato' Sri Siti Nurhaliza telah melancarkan single terbarunya bertajuk 'Sejarah', hasil ciptaan maestro muzik Indonesia, Erwin Gutawa. Single ini menandakan detik istimewa dalam perjalanan kerjaya Siti yang bakal mencapai 30 tahun dalam industri muzik. 'Sejarah' merupakan hasil kolaborasi Erwin Gutawa dengan anak perempuannya, Gita Gutawa, yang menulis lirik lagu tersebut. Erwin menyatakan bahawa lagu ini dicipta khas untuk Siti Nurhaliza, dengan mengambil inspirasi daripada keindahan suara dan personaliti penyanyi tersohor itu. Dalam proses penciptaan lagu ini, Erwin telah mengarahkan Gita untuk menulis lirik yang menggambarkan seseorang yang kaya dengan pengalaman hidup dan mengungkapkan rasa kesyukuran dalam setiap bait. Menambah keistimewaan lagu ini, Erwin telah menggunakan khidmat Czech Symphony Orchestra untuk mengiringi susunan muzik yang digarap khas untuk Siti. 'Sejarah' merupakan hadiah istimewa daripada Siti kepada peminat...

"Showcase 'Back to Basic' Misha Omar: Persembahan Solo Dinanti Selepas 3 Tahun"

Image
Oleh: Norazni Ismail. PETALING JAYA - Penyanyi popular Misha Omar bakal mengadakan persembahan solo intimate bertajuk "Misha Omar Back To Basic Showcase" di Odeum at JioSpace, Petaling Jaya pada 21 Disember ini. Persembahan yang akan berlangsung selama 90 minit itu merupakan penampilan solo pertama penyanyi tersebut selepas tiga tahun membuat persembahan di Istana Budaya pada 2021. "Sebagai penghibur yang sudah dua dekad berada dalam belantika muzik malah masih mampu kekal relevan, bohong jika saya katakan tidak punya mimpi mengadakan konsert besar-besaran. "Namun saya suka untuk memulakan sesuatu dengan langkah kecil sebelum mencetak sejarah yang lebih besar," kata Misha, 42, yang popular dengan lagu 'Masihkah Ada Rasa Itu'. Showcase yang dianjurkan Double M Productions ini akan diiringi oleh sembilan pemuzik di bawah pimpinan pengarah muzik, Ayop Azril. Turut terlibat adalah Datuk Syafinaz Selamat selaku pengarah vokal, Jennifer Thompson sebagai...

Turkish Airlines KL Tower Towerthon 2024: Mencabar Had Ketahanan Anda

Image
  Encik Nazli bin Saad, Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd (dua dari kiri) bersama En Mustafa Kemal Kizilay (Pengarah Turiksh Airlines Malaysia) memotong kek selaku gimik pelancaran KL Towerthon 2024. Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR, 14 NOVEMBER 2024 - Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd. mengumumkan penganjuran Turkish Airlines KL Tower International Towerthon Challenge 2024 (KLTITC24) yang memasuki edisi ke-22. Acara sukan tahunan ini menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM80,000.00. Peserta akan mencabar diri mendaki 1,608 anak tangga menuju ke Pelantar Pemandangan Tertutup (Observation Deck) THO4 pada ketinggian 292 meter, mencipta rekod baharu dalam sejarah acara ini. "KLTITC24 membawa makna istimewa kerana ia bertepatan dengan sambutan ulang tahun ke-28 Menara KL," kata Encik Nazli bin Saad, Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd. Beliau menambah acara ini bukan sahaja mencabar ketahanan fizikal, malah menyatukan peserta dari...

JUALAN TIKET MEMBERANGSANGKAN BAGI AKON THE SUPERFAN TOUR DI MALAYSIA & SINGAPURA

Image
Oleh: Norazni Ismail. Lima hari menjelang Akon The Superfan Tour Live in Malaysia & Singapore, pihak penganjur berbangga mengumumkan bahawa 70% tiket telah terjual bagi kedua-dua lokasi di Kuala Lumpur dan Singapura. Pengumuman ini dibuat oleh Pengarah Urusan Jeeharris Entertainment, Harris Baba, yang menyatakan rasa terujanya dengan sambutan memberangsangkan ini. "Saya amat teruja dengan sambutan luar biasa terhadap jualan tiket konsert di Kuala Lumpur dan Singapura. Segala persiapan telah dilakukan dengan teliti dan kami kini hanya menunggu ketibaan Akon untuk persembahan yang dinanti-nantikan," ujar Harris. Dalam kenyataan yang sama, Harris turut mengucapkan penghargaan kepada Astro Radio yang mana stesen-stesen Era, Hits, Sinar Mix dan Raaga telah menjadi rakan media rasmi, manakala Astro Gempak bertindak sebagai rakan digital rasmi dalam mempromosikan konsert ini. Bagi persembahan di Malaysia, Jeeharris Entertainment telah menjalin kerjasama dengan Munchie's s...

ELLA PELENGKAP KONSERT ROCK NOSTALGIA DI JOHOR BAHRU

Image
Mari kita sama-sama meriahkan malam bersejarah ini,".... Ella. Oleh: Norazni Ismail. JOHOR BAHRU 14 NOVEMBER 2024 – Stadium Tertutup Arena Larkin bakal bergegar dengan pembabitan tiga nama besar dalam industri muzik tanah air menerusi konsert mega 'A Night To Remember: Rock Nostalgia' pada 14 Disember 2024. Konsert yang menampilkan legenda rock Ella, Kugiran Masdo dan Exists ini dijangka mengumpulkan lebih 4,000 peminat muzik dari Malaysia dan negara jiran. Penganjuran konsert ini merupakan hasil kerjasama strategik antara Coaction Events dengan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan Tourism Johor, sebagai permulaan kepada perkongsian strategik jangka panjang sehingga tahun 2026, sejajar dengan persiapan Tahun Melawat Johor 2026. Datuk Bandar Johor Bahru, YB Dato' Haji Mohd Noorazam Dato' Haji Osman berkata konsert bertaraf antarabangsa ini membuktikan kesediaan Johor Bahru sebagai destinasi hiburan bertaraf dunia. "Selain meraikan warisan muzik rock temp...