Posts

Showing posts from February, 2025

"RAYA BERMAKNA BERSAMA BUNGA" Nikmati Sebulan Penuh Kejutan Raya dari Bunga

Image
Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR, 28 FEBRUARI 2025 – Bunga telah melancarkan single raya pertamanya bertajuk 'Sebulan Raya' sebagai buah tangan terbaharu untuk peminatnya sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang. Lagu ciptaan Edry Abdul Halim ini merupakan single raya pertama Bunga sejak beliau menceburi industri seni pada tahun 2019. Menurut Bunga, kerjasama dengan Edry Abdul Halim berlaku secara tidak sengaja ketika beliau menghadiri acara Muzikal Lawak Superstar tahun lalu. "Sejujurnya Sebulan Raya memang memberikan keterujaan kepada saya. Semuanya berlaku dalam masa yang singkat dan saya gembira kerana berpeluang bekerja dengan ramai pihak dalam menjayakan lagu raya ini," kata Bunga. Beliau turut berkongsi bahawa inspirasi untuk lagu ini tercetus apabila mendengar lagu Magika, runut bunyi filem Magika yang ditayangkan pada 2010, yang mengingatkannya pada kenangan masa kecil. "Bila mendengarkan sahaja lagu tersebut, saya teringatkan k...

Mahkamah Bebaskan Penceramah dari Tuduhan Kes Pelaburan Palsu

Image
Muzzamil Soliheen Musa, 48, dibebaskan daripada pertuduhan menerima deposit tanpa lesen. Kenyataan media. SEREMBAN, 28 FEBRUARI 2025 - Sujud syukur menyambut keputusan Mahkamah Sesyen Seremban, di sini, hari ini, yang melepas dan membebaskan seorang penceramah bebas, Muzzamil Soliheen Musa, 48, daripada pertuduhan menerima deposit tanpa lesen. Ia adalah kes ketiga daripada empat pertuduhan yang dihadapi personaliti ini, membabitkan jumlah keseluruhan RM187,000 sebagai deposit tanpa lesen untuk tujuan pelaburan sejak 2019 hingga 2021 di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (Akta 758). “Alhamdulillah, tiada yang selayaknya untuk saya ucapkan kecuali menyambut keputusan mahkamah ini dengan sujud syukur sesudah melalui tempoh yang sukar selama lebih dua tahun ini,” kata Muzzamil, merujuk keputusan mahkamah. “Pagi ini buat saya sebak, antara gembira dan terharu, ditambah kerana keputusan ini hadir menjelang umat Islam seluruh dunia akan mula berpuasa, menjadikan Ramadan ini cukup bermakna...

Ramadan Menjelang, Konsert Ijmal Cinta Ramadan 2.0 Kembali

Image
Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR 28 FEBRUARI 2025 -Ramadan, bulan seribu rahmat yang dinanti-nantikan umat Islam di seluruh dunia, bakal menjelang tiba. Bulan yang menyaksikan penurunan Al-Quran sebagai panduan hidup manusia dan mengandungi malam kemuliaan Lailatul Qadar ini menjadi kesempatan bagi ramai untuk meningkatkan ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Sempena bulan mulia ini, syarikat HS Event & Ent Sdn Bhd sekali lagi tampil dengan penganjuran program tahunan mereka. Selepas kejayaan Konsert Ijmal Cinta Ramadan tahun lalu yang mendapat sambutan menggalakkan, penganjur kini mengumumkan kesinambungan program tersebut dengan Ijmal Cinta Ramadan 2.0 yang akan berlangsung pada 21 Mac di Saloma, Kuala Lumpur. Program ini akan menampilkan barisan artis terkenal tanah air iaitu Ramlah Ram, Noorshila Amin, Zur Eda, Man Bai, Ameng Spring, Amir Ukays dan Zamani Slam. Menurut penganjurnya, Datin Hajjah Ismariza dan rakan kongsinya Mubarak Akhtar, konsert ini akan mengeten...

Adam dan Kat Roshan Bergabung Tenaga Dalam Single Terbaru "Hey U"

Image
Oleh: NOrazni Ismail. KUALA LUMPUR, 28 FEBRUARI 2025 - Penyanyi dan penulis lagu berbakat, Adam dan Kat Roshan, buat julung kali bekerjasama menerusi lagu terbaru mereka berjudul "Hey U", sebuah kisah penuh emosi yang menggambarkan realiti dalam hubungan cinta yang penuh konflik dan ketidakpastian. Menurut Adam, "Hey U" berkisarkan tentang seorang wanita yang begitu mencintai pasangannya, manakala si lelaki pula berusaha mengubah sikap buruknya yang sering curang. Namun, akhirnya, perubahan yang dijanjikan tidak pernah menjadi kenyataan. "Lagu ini adalah kisah cinta segi tiga yang tipikal tetapi sangat 'relatable'. Ramai yang pernah mengalami situasi yang serupa," katanya. Sementara itu, Kat Roshan menambah bahawa lagu ini turut mengupas tarikan dan ketahanan dalam hubungan yang penuh ketidaktentuan. "Saya menyampaikan lirik yang mencerminkan kekecewaan dan sindiran seorang wanita yang menyedari kecurangan pasangannya tetapi masih belum mam...

Fipper x Bayu Somerset: Evolusi Keselesaan dalam Reka Bentuk Kontemporari

Image
  Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR, 26 Februari 2025 – Fipper, jenama terkenal dengan selipar getah ikoniknya, telah mengumumkan kolaborasi istimewa dengan Bayu Somerset, label fesyen tempatan yang dikenali dengan rekaan berani dan komitmen tinggi terhadap keselesaan. Kolaborasi antara dua jenama Malaysia ini membawa nafas baru dalam industri kasut tempatan dengan memperkenalkan koleksi kasut yang menggabungkan inovasi dan kreativiti dalam setiap reka bentuk. Koleksi ini dilancarkan tepat pada masanya untuk musim Ramadan dan Raya yang bakal menjelang. Ciri utama koleksi ini adalah reka bentuk sole baru yang unik dan ergonomik, yang direka khas untuk memberikan keselesaan maksimum sepanjang hari, menjadikannya pilihan ideal untuk aktiviti seperti "balik kampung" dan menghadiri majlis keluarga. Teknologi terkini yang digunakan dalam pembuatan kasut ini mencerminkan komitmen Fipper terhadap inovasi berterusan. Koleksi ini juga menandakan langkah baru bagi Fipper dengan memperk...

TodayAssist Sdn Bhd Lancar Platform Digital Sokong Program Infaq Ramadan

Image
Dari kiri: Mohd Khairi Mohamed (Rakan Kongsi Saloma), Putera Amaris (Pengasas dan Penganjur Program), Dr Raja Laila Rani Mohammad Abdullah (Pengerusi The Muslim World Womens Summit) dan Aman Rasyidi Mohd Noor, (C.O.O SoftRein). Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR 25 FEBRUARI 2025 - TodayAssist Sdn Bhd (TASB), syarikat bumiputera pemegang Pensijilan Malaysia Digital MDEC, telah menjalin kerjasama dengan pempengaruh Putera Amaris dan Rakan-rakan bagi menyokong program Infaq Ramadan "Kongsi Rezeki" melalui platform aplikasi mudah alih digital mereka. TASB yang pakar dalam pembangunan aplikasi mudah alih digital untuk ekonomi perkongsian menyediakan platform patuh Syariah bagi program ini. Aplikasi ini dilengkapi dengan kemudahan promosi, gerbang pembayaran, rekod transaksi dan penyediaan laporan yang komprehensif. Program Kongsi Rezeki yang diinspirasikan oleh Putera Amaris menyasarkan bantuan kepada 1,000 penerima asnaf termasuk Maahad Tahfiz Al-Quran, pesakit kanser kanak-ka...

Pesona Raya: Amber Mempersembahkan Koleksi Istimewa dengan Enam Wajah Terpilih

Image
  Oleh: Norazni Ismail. Kuala Lumpur, 24 Februari 2025 – Jenama gaya hidup terkemuka, Amber, telah melancarkan koleksi istimewa Raya Romantics bagi menyambut Aidilfitri 2025, sekali lagi mencetus fenomena dalam dunia fesyen tempatan. Koleksi terbaharu ini mengetengahkan gabungan unik antara keanggunan klasik dan sentuhan moden yang sofistikated. Amber turut berbangga memperkenalkan enam wajah rasmi jenama yang terdiri daripada selebriti terkemuka tanah air iaitu Awal Ashaari, Scha Alyahya, Aina Abdul, Fattah Amin, Nora Danish, dan Sophia Albarakbah. Setiap rekaan dalam koleksi Raya Romantics dihasilkan dengan teliti menggunakan kain 100% kapas yang dihiasi sulaman floral yang menawan. Pemilihan fabrik premium ini bukan sahaja menjamin keselesaan, malah memberikan tampilan elegan yang sesuai dengan iklim tempatan. Koleksi ini menawarkan kepelbagaian pilihan warna dan rekaan yang sesuai untuk pelbagai majlis, dari santai hingga ke sambutan meriah. Bagi koleksi lelaki, Amber menyedia...

SELANGOR FUTURE CUP 2024/2025: LAHIRNYA LAGENDA PERKASA BAKAT MUDA DALAM ESUKAN

Image
SMK Kota Kemuning telah muncul sebagai juara pertama kejohanan ini, membawa pulang hadiah berupa biasiswa bernilai RM160,000 tajaan TODAK Academy. Oleh: Norazni Ismail. SHAH ALAM, 24 FEBRUARI 2025 - Majlis Sukan Negeri Selangor dan Pejabat Exco Belia, Sukan & Keusahawanan telah menganjurkan kejohanan MLBB Antara Sekolah Negeri Selangor yang julung kali diadakan, dengan kerjasama Selangor Red Giants (SRG) dan TODAK. Kejohanan yang berlangsung pada 22 dan 23 Februari 2025 di AEON Mall Shah Alam ini telah dirasmikan oleh YAB Dato' Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Amirudin Bin Shari, diiringi YB Najwan bin Halimi, Exco Belia, Sukan & Keusahawanan Negeri Selangor. Sebanyak 64 buah sekolah dari seluruh Selangor telah mengambil bahagian dengan penyertaan seramai 384 orang pelajar. SMK Kota Kemuning telah muncul sebagai juara pertama kejohanan ini, membawa pulang hadiah berupa biasiswa bernilai RM160,000 tajaan TODAK Academy, pembangunan hab esukan bernilai RM30,000, dan w...

SIRIM Berhad mengukuhkan kerjasama strategik dengan Ensu Lifesciences Sdn Bhd (ELSB).

Image
Dari kiri YBrsh Dr Fazilah Fazan (Pengarah Kanan Life Sciences Centre, Penyelidikan Industri SIRIM),  Ir. Ts. Dr. Muhammad Izzal Ismail, YBhg Dato' Indera Ir Dr. Ahmad Sabirin Arshad (Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SIRIM Berhad),  Dr. Suhana @ Husin (Pengerusi Eksekutif Ensu Lifesciences Sdn Bhd) dan YBrsh Puan Nur Firzan bt Suhana @ Husin (Ketua Pegawai Eksekutif Ensu Lifesciences Sdn Bhd). Oleh: Norazni Ismail. SHAH ALAM 20 FEBRUARI 2025 - SIRIM Berhad mengukuhkan kerjasama strategik dengan Ensu Lifesciences Sdn Bhd (ELSB) melalui Perjanjian Pelesenan Teknologi (TLA) yang dimeterai hari ini. Perjanjian ini menandakan satu pencapaian penting dalam pemindahan teknologi dan pengkomersialan Teknologi Penjagaan Kulit Kawalan Jerawat dan Parut, sekaligus mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai negara yang didorong oleh inovasi. Majlis menandatangani perjanjian tersebut menyaksikan komitmen SIRIM dalam memperkukuh keupayaan dan kapasiti industri merentasi pelbagai d...

Ahli perniagaan Asyraf Khalid Dilantik Sebagai Director of Partnership PTTI Group

Image
PTTI meraikan tenaga pengajar dan kakitangan pada majlis pada Majlis PTTI Annual Gala Award Dinner. Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR - PTTI Group telah mengumumkan pelantikan ahli perniagaan Asyraf Khalid sebagai Director of Partnership yang baharu dalam satu majlis yang berlangsung di Four Seasons Hotel Kuala Lumpur baru-baru ini. Pengumuman tersebut dibuat sempena Majlis PTTI Annual Gala Award Dinner yang bertujuan memberi penghargaan kepada dedikasi warga kerja PTTI dalam usaha membantu peningkatan prestasi akademik para pelajar. Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau lebih dikenali sebagai Cikgu Fana menyatakan bahawa pelantikan tersebut merupakan langkah strategik bagi mengukuhkan kedudukan PTTI dalam ekosistem pendidikan negara. "Kami percaya dengan kepakaran dan pengalaman beliau, PTTI dapat menjalinkan lebih banyak kolaborasi yang memberi manfaat kepada pelajar, guru, dan masyarakat secara keseluruhan," ujar beliau. Asyraf Khalid (kiri) bersa...

ARIANI Lancar Koleksi Raya 2025 'Hikayat Ariani Karya Seindah Busana'

Image
Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR, 14 Februari 2025 - Jenama fesyen terkenal ARIANI telah melancarkan koleksi Aidilfitri 2025 mereka yang bertajuk 'Hikayat Ariani Karya Seindah Busana' di Grand Ballroom Kuala Lumpur Convention Centre hari ini. Pertunjukan fesyen yang dihadiri 1,000 tetamu ini mempamerkan 158 rekaan terpilih daripada 600 pilihan hijab dan busana terbaru. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Ariani, Datin Seri Farah Haryani, koleksi kali ini merangkumi lebih 300 pilihan hijab polos dan bercorak, termasuk bawal satin, twill, voile, serta selendang dalam pelbagai material seperti cotton, satin dan chiffon. Koleksi premium ARIANI LUXE pula mengetengahkan 100 rekaan eksklusif yang dihiasi French lace dan kristal Swarovski. Pelakon popular Rozita Che Wan atau Che Ta telah dipilih sebagai Muse ARIANI LUXE 2025, membuka tirai pertunjukan dengan penuh gaya. Bagi koleksi pakaian siap dipakai (Ready-to-Wear), ARIANI menyediakan 300,000 helai pakaian raya termasuk baju kurun...

Arish Mikael Lancar Single Baharu 'Antara Puisi dan Rautmu'

Image
Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR, 14 Februari 2025 - Selepas kejayaan single pertamanya 'Nurkilanmu', penyanyi dan pencipta lagu kelahiran Johor, Arish Mikael, bakal melancarkan single terbarunya bertajuk 'Antara Puisi dan Rautmu' pada 21 Februari ini. Single terbitan Luncai Emas ini mengetengahkan kisah cinta dari perspektif seorang seniman, digarap dengan pendekatan pop yang diselit dengan semangat rock and roll. Lagu ini pada asalnya dicipta ketika zaman persekolahan Arish dan pernah dilancarkan sebagai demo di YouTube secara DIY. "'Puisi' dalam lagu ini menjadi simbolik jiwa seni yang terinspirasi oleh keindahan, dan 'Raut' pula bukan hanya tentang paras rupa," jelas Arish yang memberi ruang kepada pendengar untuk mentafsir maksud lagu ini mengikut pemahaman masing-masing. Versi studio terkini lagu ini dihasilkan dengan kerjasama penerbit utama Hidayat Pitahat, serta bantuan Izzat Ramayan dan Falig Mohd selaku jurutera bunyi. Arish men...

Nyoman Paul Kenang Sahabat Melalui Lagu 'Alunan Mimpi'.

Image
Oleh: Norazni Ismail. Penyanyi Nyoman Paul baru-baru ini telah melancarkan single terbarunya bertajuk "Alunan Mimpi", sebuah persembahan istimewa yang didedikasikan kepada mendiang sahabatnya. Lagu ini tercetus hasil daripada mimpi yang dialami oleh Nyoman Paul tentang sahabatnya yang telah meninggal dunia. Menurut Nyoman Paul, walaupun mesej dalam mimpi tersebut tidak begitu jelas, beliau mengambil inisiatif untuk menterjemahkannya ke dalam bentuk melodi dan lirik sebagai satu kenangan persahabatan mereka. Single ke-5 ini merupakan kesinambungan daripada kejayaan lagu hit sebelumnya, "Tunggu Apa Lagi". "Alunan Mimpi" dihasilkan melalui kerjasama kreatif bersama S/EEK, Rahman Sadli Waraiya, dan Clara Riva di bawah label Universal Music Indonesia. Lagu ini membawa pendengar kembali ke era 2000-an dengan nuansa muzik pop rock yang catchy dan nostalgik. Susunan muziknya yang sederhana namun penuh emosi berjaya mengetengahkan elemen band yang lengkap. Aspek ya...

NAFAS BARU "PERMATA YANG DICARI 2.0" YUSUF ULANGI KEJAYAAN

Image
Oleh: Norazni Ismail. Pendatang baru, Yusuf Kassim telah berjaya merakamkan semula lagu ikonik "Permata Yang Dicari" dengan versi 2.0, sebuah lagu yang asalnya dipopularkan oleh kumpulan Dehearty pada tahun 2005. Lagu ini mempunyai kaitan istimewa dengan Hisyam Ahmad atau lebih dikenali sebagai Hisyam Inteam yang pernah menjadi ahli kumpulan tersebut. Yusuf Kassim, bekas pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia yang merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Al-Quran dan As-Sunnah, juga merupakan Johan Qari Tilawah peringkat negeri Johor 2024, menyatakan rasa syukurnya atas peluang untuk merakamkan semula lagu yang telah menemani zaman persekolahannya ini. Proses rakaman yang mengambil masa tiga jam berjalan dengan lancar, dengan Yusuf berjaya membawakan lagu tersebut dengan mudah. Beliau mendedahkan bahawa Inteam Records sebenarnya telah melamarnya sejak tahun 2023, namun terpaksa menunggu sehingga kontraknya dengan syarikat rakaman terdahulu tamat pada perte...