FILEM CITRA APARTMENT DAN LAKHUS DIPERKENAL DALAM MAJLIS PUNG PANG RAYA MIG

Oleh: Norazni Ismail. PETALING JAYA, 28 APRI; 2025 - Syarikat produksi MIG telah menganjurkan Majlis Pung Pang Raya yang meriah bersama barisan pelakon filem Citra Apartment dan Lakhus Penghulu Jin di M World Hotel, Petaling Jaya hari ini. Majlis ini bukan sahaja bertujuan untuk menyambut perayaan Aidilfitri, tetapi juga sebagai platform untuk mempromosikan kedua-dua filem tersebut. Filem Citra Apartment yang menampilkan barisan pelakon seperti Elisya Sandha, Liang Chia, Razdan Shamsudin dan Hanna Halim bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 3 Julai 2025. Menurut penerbit filem tersebut, Jason Teo, Citra Apartment mengangkat konsep timeloop yang menarik walaupun bukan sesuatu yang baharu dalam dunia perfileman. "Walaupun konsep timeloop bukanlah sesuatu yang baharu, tetapi ia mempunyai daya tarikan tersendiri dan kami yakin filem ini dapat memenuhi kehendak serta selera penonton," kata Jason. Filem Citra Apartment diarahkan oleh pengarah berpengalaman, Amor Riza...